10 foto wajah Hawra Uqaira, anak Kamal Adli, Uqasha Senrose

896 views

Pasangan pelakon sama cantik sama padan, Kamal Adli dan Uqasha Senrose kini sedang sibuk menguruskan anak sulung mereka. 

Nama anaknya yang dipilih ialah Hawra Uqaira, yang dah pun masuk ke usia 2 bulan. 

Tentang pemilihan nama, Uqasha berkata dia suka dengan nama Uqaira, manakala untuk Hawra pula, ianya merupakan pilihan Kamal Adli. 

Ini temubual pasangan ini via Gempak.

SIAPA PILIH NAMA ANAK 

Ini komen Uqasha tentang nama anaknya. 

“Saya yang pilih Uqaira. Nama itu pun dekat dengan nama saya. Ikutkan saya hanya nak Uqaira saja, iaitu Uqaira Binti Kamal Adli.” 

“Tapi Kamal nak nama Hawra, dan dua-dua tak mahu mengalah, jadi letaklah dua nama gabungan.” 

Kamal akui memang sukakan nama Hawra. 

“Saya suka dengan bunyi Hawra, lembut je, maksud dia pun bagus iaitu putih bersih cantik.” 

IMPIAN NAK BERAPA ORANG ANAK 

Ditanya tentang berapa anak yang mereka idamkan, ini jawapan dari Kamal Adli. 

“Kalau saya, empat orang itu dah cantik dah, sepasang lelaki dan sepasang perempuan.” 

Berbeza dengan Kamal ini pula jawapan Uqasha Senrose. 

“Kalau tanya saya, memang nak tujuh orang. Namun mungkin dah tak sempat sebab umur saya.” 

“Untuk saya, adik beradik ramai ni best, saya ada tujuh orang adik beradik. Tapi kalau lah dapat empat orang tu pun memang just nice.” 

TAYANG WAJAH ANAK 

Tentang pemilihan mereka untuk paparkan wajah anaknya, ini jawapan dari Uqasha. 

“Rasanya kini orang dah lebih terbuka. Kita ni bukanlah tayang wajah anak sangat.” 

“Rasanya ramai juga selebriti yang paparkan wajah anak.” 

“Lagi pun semua dah tahu saya dah bersalin, saya tak ada pun mahu sorok ke apa.” 

Ini pula jawapan dari Kamal. 

“Macam mana pun, nanti orang pun akan jumpa kami kat luar sana. Siapa jumpa dapatlah tengok dekat, kita minta doa saja, doa anak ini akan terus sihat.” 

INI WAJAH BABY HAWRA UQAIRA 

Memang comel baby girl, anak Kamal Adli dan Uqasha Senrose ini, semoga sihat selalu ye.