Siapakah Bay Doucet, isteri Sean Lee? Ini biodata dan juga latar belakangnya

1,529 views

Pelakon dan pengacara Sean Lee, 29 tahun, kini telah pun bergelar suami pada hari Ahad 7 Julai 2024. 

Sean berkahwin dengan seorang wanita bernama Bay Doucet dalam satu majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur. 

Ramai yang agak terkejut kerana memang tidak mengetahui bahawa Sean Lee sedang bercinta dengan wanita berkenaan. 

Pandai Sean Lee sembunyikan perhubungan mereka berdua. 

Setelah pengumuman dibuat oleh Sean Lee, ramai yang gembira melihat pasangan berkenaan, sama cantik sama padan, memang sococok. 

Ada juga peminat tertanya tanya siapakah wanita yang menjadi suri hati Sean Lee itu. 

Jom kita lihat sedikit biodata dan juga latar belakang Bay Doucet

Bay kini berumur 26 tahun dan pernah bekerja sebagai event manager serta merupakan seorang model. 

Selain itu, Bay juga telah ceburi bidang perniagaan dan mempunyai butik pakaian. 

Butik diberi nama Looop itu menyasarkan pakaian prelove dan terletak di TTDI.

Bay telah pun berhenti sebagai event manager dan memulakan perniagaan butik ketika pandemik melanda beberapa tahun lepas. 

Tentang personaliti dirinya, Bay akui dirinya seorang yang agak pemalu dan juga introvert, berbeza dengan watak Sean Lee.   

Bay juga lebih gemar habiskan masanya di rumah saja, berbanding keluar lepak atau berhibur bersama rakan. 

“Saya seorang yang pemalu, introvert. Bagi saya, sebab tu amat penting untuk saya berniaga.” 

Selain uruskan butik berkenaan, Bay juga melibatkan diri sebagai content creator media sosial. 

Sehingga kini Bay banyak bekerjasama dengan pelbagai jenama termasuk dari luar negara. 

Biodata Isteri Sean Lee:

Nama: Bay Doucet

Umur: 26 tahun

Pekerjaan: model, content creator, pemilik butik Looop

Para peminat dilihat menyukai Bay yang dilabel sebagai seorang yang cantik semula jadi amat sesuai dengan Sean Lee. 

Ini sedikit photo Bay Doucet dan juga gambar perkahwinan mereka berdua. 

Tahniah kepada Sean Lee dan juga Bay Doucet di atas perkahwinan mereka berdua, semoga berbahagia.