14 Foto: Cantik betul anak-anak Fiza Elite ni - News Tel

14 Foto: Cantik betul anak-anak Fiza Elite ni

3,812 views

Selebriti Fiza Halim ataupun nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Binti Abdul Halim antara bakat besar yang popular menerusi penyertaannya dengan kumpulan terkenal Elite.

Fiza menyertai Elite pada tahun 1999 sehinggalah tahun 2010. Selain bergelar penyanyi, Fiza juga mempunyai bakat yang amat hebat dalam bidang lakonan.

Antara filem lakonannya yang popular ialah filem Getaran dan Nana Tanjung. Selain tu, Fiza lebih banyak berlakon drama.

Dalam perkembangan terkini, dek kerana adanya perintah kawalan pergerakkan, memang lama tak nampak Fiza Elita berlakon. Dari satu laporan, Fiza kini amat aktif untuk buat review di laman Instagram miliknya.

Jika dilihat di laman IG miliknya, memang akan ternampak gambar anak-anak Fiza ni, semuanya perempuan.

Setiap kali gambar anak-anak diupload ramai yang akan memuji kecomelan dan kecantikan mereka semua.

Fiza ada tiga orang anak perempuan, anak pertama dan kedua hasil perkahwinan dengan suami pertama. Manakala anak ketiga hasil perkahwinan dengan suami ketiga.

Ini gambar anak-anak Fiza.

Mesti ramai yang dah tahu bahawa Fiza Halim kini sudah berkahwin beberap kali dan semuanya berakhir dengan perpisahan.

Fiza mulanya berkahwin dengan Datuk Ahmed Fariq sekitar tahun 2006 dan hanya bertahan selama empat tahun saja. Pada tahun 2010 mereka pun berpisah.

Perkahwinan mereka ini telah dikurniakan dua orang anak perempuan. Yang sulung bernama Feera Aryana dan yang kedua bernama Feeya Adriana.

Kemudian Fiza Halim telah berkahwin dengan penyanyi popular Adam AF pada tahun 2013. Hubungan mereka juga tidak kekal lama dan akhirnya berpisah setelah 3 tahun bersama. Sepanjang perkahwinan, pasangan ini tidak dikruniakan cahaya mata.

Fiza mendirikan rumah tangga dengan seorang juruterbang bernama Aizat pada tahun 2017. Mereka mempunyai seorang anak bernama Siti Aleena Adra atau dipanggil mesra baby Aleena.

Ada kisah terbaru bahawa Fiza akui ada seorang VIP yang melamarnya sebagai isteri, namun Fiza belum ada jawapan lagi sama ada menerimanya atau tidak.

Latest from Hiburan


“Kaji semula SOP, kurung rakyat dah tak releven, kes harian tinggi” Titah TMJ

2,448 views

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah bertitah untuk mengkaji semula tindakan mengurung rakyat, melalui perintah kawalan pergerakkan, tetapi langusng tak nampak hasilnya kerana kes sama saja malah ada yang naik.

TMJ telah memberi titah ketika bertemu dengan Menteri Besar Johor iaitu Datuk Hasni dan beberapa wakil dari kerajaan Johor.

Menerusi akaun Facebook miliknya, ini caption yang ditulis oleh TMJ.

“Saya dah pun bertemu dengan Menteri Besar Johor, Datuk Haji Hasni Bin Mohammad, Datuk Onn Hafiz Exco Pelancongan, Belia dan Sukan, dan  Dato’ Haji Azmi, Setiausaha Kerajaan Johor pada tarikh 4 Julai 2021.”

“Menerusi meeting berkenaan saya bertitah supaya kerajaan negeri cepatkan lagi pelaksanaan inisiatif-inisiatif yang kini dalam keadaan yang agak teruk.”

“Statistik menunjukan jumlah kes harian yang amat tinggi. Manakala rakyat pula sudah dikurung hampir dua bulan. Saya melahirkan rasa bimbang tentang keadaan rakyat yang alami isu kesihatan dari segi mental dan fizikal.”

“Malahan isu sosioekonomi juga timbul ekoran situasi ini yang berlanjutan. Pada pendapat saya, SOP sepatutnya dikaji semula secara holistik dan berasaskan data yang sahih. Setakat kurung rakyat ianya sudah tak lagi relevan.”

“Rapid test kit dan test kit peribadi harus diperkenalkan dengan cepat kepada semua orang dan digunakan secara meluas. Rakyat perlu disaringkan dengan meluas dan diberi suntikan vaksin secepat yang mungkin.”

“Saya bertitah supaya proses vaksinasi untuk Bangsa Johor akan dicepatkan lagi melalui pelbagai inisiatif, termasuk untuk kerajaan negeri Johor mendapatkan vaksin dengan pembelian terus.”

Itulah antara titah dari baginda TMJ Tunku Ismail tentang keadaan yang melanda negeri Johor dan juga Malaysia ketika ini. Menjengah di ruangan komen, rata-rata setuju dengan titah dari TMJ terutama bab mengkaji semula SOP perintah kawalan pergerakkan yang tak nampak hasilnya.

Go to Top