“14 tahun kahwin, takde rezeki anak, tak mengapalah..” Beto Kusyairy

4,356 views

Bila berkahwin, antara yang sering ditanya dah tentulah zuriat atau cahaya mata. Kini dah 14 tahun berkahwin, pelakon Beto Kusyairy dan isterinya Tisha Shahar masih lagi belum diberi rezeki anak.

Sungguhpun begitu, walaupun akui terasa kosong tanpa kehadiran cahaya mata, pasangan ini masih bahagia dan bersyukur dengan rezeki lain yang dikurniakan buat mereka.

Ini komen pelakon berumur 42 tahun ini tentang cahaya mata dan zuriat.

“Jika dikira, kini dah masuk 14 tahun dah saya kahwin dan bergelar sebagai seorang suami, namun begitu belum ada rezeki untuk mempunyai cahaya mata. Ianya masih belum jadi hak saya dan isteri.”

“Tetapi tidak mengapa, tiada rezeki anak, Tuhan sentiasa saja beri rezeki lain kepada kami berdua. Rezeki kesihatan, kasih sayang, makan minum mencukupi, dan dapat bekerja itu semua pun merupakan rezeki dari Illahi.”

Beto Kusyairy menyatakan memang dia dan isteri dah pun mencuba pelbagai ikhtiar untuk bergelar ibu bapa, bukan saja perubatan moden malah termasuk juga yang tradisional.

“Nak kata kami ni tak berusaha, dah macam-macam cara saya dan isteri cuba. Dari rawatan perubatan Islam, sampailah yang tradisional serta yang perubatan moden. Semuanya kami dah try.”

“Dah mungkin memang Tuhan kata masih belum tibanya lagi waktu untuk kami bergelar ibu bapa, kami serah segalanya kepada Illahi.”

Yang paling penting, family dia dan isteri amat memahami.

“Satu perkara lagi, saya amat rasa syukur sebab ada kedua-dua belah family termasuk mentua yang faham dengan situasi kami ni.”

“Mereka tak ada pun nak memaksa, menekan atau asyik bertanya dan beri soalan sama tentang anak.”

Nama Beto Kusyairy kini menjadi sebutan ramai setelah filem lakonannya iaiatu Mat Kilau sedang menjadi hit di panggung wayang.