“Nama penuh dia Datuk Seri Dr Azra Diera” Azri Iskandar dah jumpa ibu bapa kekasih

4,053 views

Ini sedikit berita tentang Azri Iskandar dan kekasih hatinya yang penuh misteri. Bukan setakat mempunyai pangkat sebagai doktor falsafah, kekasih Azri Iskandar dikatakan sebenarnya sudah mempunyai pangkat Datuk Seri.

Hal ini diceritakan sendiri oleh Azri Iskandar menerusi satu laporan Malaysiakini.

Pelakon in menegaskan, kekasihnya itu mempunyai nama jika diletak pangkat ialah Datuk Seri Dr Azra Diera.

“Nama dia kalau penuhnya ialah Datuk Seri Dr Azra Diera. Awalnya saya sendiri pun tak tahu pun tapi Azra secara tak sengaja telah terhantar mesej perbualan dari makciknya kepada saya.”

“Di mesej itu makciknya ada menasihatkan dia supaya tampil ke depan untuk membersihkan imejnya sebab dah banyak cerita tak enak berkaitan dirinya.”

“Selepas saya lihat dan selidik, rupanya dia dah ada pangkat Datuk Seri itu sebab dah banyak melakukan kerja kebajikan pada masyarakat.”

Kata Azri, wanita berkenaan memang amat merendah diri dan tak mahu dikenali dengan nama Datuk Seri.

“Azra ni amat merendah diri, dengan saya sendiri pun dia tak ada cakap tentang gelaran tu. katanya kalau pergi pejabat nanti baru para pekerja akan panggilnya Datuk, itu hanya untuk urusan perniagaan.”

“Takkanlah dia nak cakap benda yang tak betul tentang pekerjanya. Malah bila berada di pejabatnya, saya nampak ada pingat yang diterimanya diletakkan atas meja.”

Azri Iskandar menjelaskan sebenarnya dia dah pun jumpa ibu bapa Azra Diera pada tarikh 24 Jun yang lalu dan bertemu dengan family wanita berkenaan di Perlis.

“Syukur semua jalan lancar, alhamdulillah, tak ada masalah walaupun timbul banyak isu. Ibu dan bapa Azra dah pun beri green light pada saya. Cuma belum ada tarikh rasmi sebab makcik saya yang patut datang meminangkan dia kini tak berapa sihat.”

“Kena tunggu makcik saya sihat sepenuhnya, baru urusan akan diteruskan, semoga dipermudahkan.”

Tambah Azri Iskandar lagi, atas nasihat ibu dan bapa kepada Datuk Seri Dr Azra Diera, wajah dan identiti anak mereka hanya boleh didedahkan sebaik mereka bernikah nanti.