15 Foto: Sekitar majlis pernikahan Uyaina Arshad dan Raja Syahiran

7,943 views

Pelakon Uyaina Arshad kini sah bergelar isteri kepada penyanyi yang juga beatboxer, Raja Syahiran dalam satu majlis yang diadakan pagi tadi.

Majlis pernikahan Uyaina dan Syahiran dijalankan di Colony Star Boulevard, KLCC, Kuala Lumpur.

Dengan hanya sekali lafaz akad, Raja Syahiran dan Uyaina selamat diijab kabulkan sekitar jam 9 pagi.

Pasangan ini dinikahkan oleh abang kandung Uyaina, Attaful Uzair Arshad.

Raja Syahiran memberi mas kahwin berbentuk cincin dan gelang emas kepada Uyaina.

Tak ada hantaran diberi oleh kedua belah pihak manakala wang hantaran dirahsiakan oleh kedua belah keluarga.

Majlis ini hanya dihadiri oleh family dan rakan saja, dianggar lebih kurang 100 saja hadirin yang dijemput.

Lokasi majlis ini pula memang amat cantik sekali dengan berlatar belakang menara KLCC.

Ini ucapan dari Uyaina.

“Alhamdulillah, syukur majlis pernikahan kami berlangsung dengan lancar pada pagi ini. Sebenarnya kami dah plan pernikahan ini sejak beberapa bulan lepas tetapi memang ada banyak pertukaran dari segi perancangan majlis.”

“Ini sebab banyak hal termasuk SOP yang telah berubah. Ditambah pula dengan kejadian banjir yang berlaku, dua hari sebelum nikah turut memberi cabaran buat kami.”

Tentang honeymoon, sebenarnya mereka dah plan mahu ke eropah, namun semua ditangguhkan.

“Buat masa sekarang ini, kami akan pergi melawat keluarga dan saudara mara yang tak dapat datang ke majlis pernikahan mereka, ini akan dapat memberi peluang untuk kenalkan satu sama lain dengan family masing-masing.”

Ini beberapa lagi keping gambar sekitar majlis pernikahan Uyaina dan Syahiran. Foto dari Project2Pi dan juag CST Production.

Pasangan ini sudah dua tahun mengenal hati budi masing-masing setelah mula berkenalan sekitar awal tahun 2019.

Dari laporan, pasangan ini berkenalan di sebuah program terbitan Astro dan kemudian hubungan mereka semakin serius setelah family Raja Syahiran menghantar rombongan merisik kepada keluarga Uyaina pada bulan Julai tahun 2019.

Tahniah diucapkan kepada Uyaina Arshad dan juga Raja Syahiran.