“Saya dah dua bulan keluar rumah, dah failkan untuk berpisah” Shila Amzah

18,605 views

Satu pengumuman dibuat oleh penyanyi terkenal Shila Amzah sebentar tadi. Rupanya Shila Amzah telah pun failkan untuk berpisah dengan suaminya iaitu Haris Edraki Elias.

Pengumuman dibuat oleh Shila Amzah setelah dia memberitahu dia kini menumpang di rumah ibu bapanya yang terletak di Langat, dan mengesahkan rumah ibu bapanya itu antara yang terjejas akibat banjir.

Shila dan family kemudian berpindah ke rumah saudaranya, menumpang disana sementara banjir belum reda.

Katanya memang dia ada rumah di Cyberjaya, namun suaminya Haris Edraki Elias, masih duduk di rumah berkenaan, menyebabkan dia dan family tak selesa untuk tinggal di sana, kerana masih dalam proses untuk berpisah.

Ini kenyataan yang dibuat oleh Shila Amzah di laman IG miliknya hari ini.

“Saya selalu buat wajah gembira, tetapi orang tak tahu kesusahan yang saya alami. Dan sekarang ini saya sedang alami kesusahan yang teramat sangat.”

“Sudah dua bulan Sha keluar dari rumah dengan anak, Seth. Kami kini tumpang di rumah ayah dan mak di Langat.”

“Sha dah failkan untuk bercerai namun unfortunately masih lagi dalam proses sebab dia memilih untuk memanjangkan hal ini.”

“Tetapi bila dah jadi macam ini, Sha dah tak boleh nak sabar lagi kerana Sha dah cuba yang terbaik untuk terus survive dan dah tentu nak jaga hati dan nama baik semua pihak.”

“Kini apabila melihat rumah ibu bapa di Langat ini jadi macam ni, saya rasa sedih betul, sebelum ni saya tumpang berteduh rumah ibu bapa, namun sekarnag semua dah hilang tempat berteduh pula. Kami menumpang di rumah makcik Sha.”

Menerusi penjelasan Shila Amzah, dia memang mempunyai rumah di Cyberjaya, namun suaminya itu masih lagi tinggal di rumah berkenaan.

“Memang betul, Sha ada rumah kat Cyberjaya, tapi memang tak selesa nak balik kerana si dia tu masih lagi berada di rumah Sha.”

“Seth rasa tak selesa, Sha tak selesa. Bertambah kesian satu family Sha kini hanya duduk dalam satu bilik buat sementara waktu.”

“Memang amat berharap dapat balik duduk di rumah kat Cyberjaya. Boleh lah return the favour dekat my parents pula. Apapun harap semua dapat berdoa untuk Sha dan keluarga. Dugaan demi dugaan datang, ya tuhanku.”

Itulah luahan hati dari Shila Amzah tentang dugaan yang sedang dialaminya.