Takut tak sempat.. Dahlia, gadis Trivago, umum berhijab

3,711 views

Siapa tak kenal dengan pengacara yang sinonim dengan iklan Trivago iaitu Dahlia Shazwan. Selain terkenal sebagai model pelakon iklan Trivago, wanita ini yang juga merupakan salah seorang pengacara rancangan hiburan popular iaitu HLive.

Tentang perkembangan terkini tentang Dahlia, baru-baru ini ada astu pendedahan bahawa dia telah mula memakai tudung dan menutup aurat.

Menurut pengacara ini lagi dia telah memakai tudung semenjak berberapa hari yang lepas kerana mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah.

Menurut bintang iklan Trivago ini lagi, dia telah nekad dengan keputusan untuk bertudung sepenuhnya apabila kembali pulang ke tanah air selepas sahaja mengerjakan ibadah umrah pada bulan Febuari yang lepas.

Pada mulanya dia berhajat mahu mengenakan tudung pada bulan puasa yang akan datang tidak lama lagi namun di percepatkan kerana takut sekiranya niat murninya itu tidak sempat ditunaikan.

Ini komen dan kenyataan dari Dahlia tentang penghijrahannya: “Saya dah pun pulang dari tanah suci mengerjakan umrah kira-kira sebulan yang lepas. Mulanya ingat nak mengenakan hijab pada bulan Ramadan akan datang namun akhirnya fikir tak nak tangguh sebab mana tahu kan takut tak sempat. Saya beritahu pada diri saya sendiri, nak tingkatkan pada rohani dulu, kemudian baru mengenakan hijab namun semakin hari semakin rasa bagaikan Tuhan sedang tunggu untuk saya berhijrah.

“Hati saya ini tersa bagaikan ada rasa berhutang, rasa sepert dah kena jentik. Oleh itu terfikir, kalau saya hanya biarkan je perasaan tu berlalu, takut selepas ini tidak dapat lagi petunjuk berkenaan. Dengan itu, saya pun terus pakai hijab”

“Saya rasa amat bertuah sebab ada keluarga, suami dan teman yang teramat memberi sokongan padu pada saya. Malahan, ada juga rakan yang turut sama-sama kongsikan kisah serta pengalaman mereka ketiak first time berhijab dan saya amat hargai perkara itu” 

Setelah mendapat sokongan dan reaksi yang baik dari keluarha dan teman-temannya, Dahlia mula memuat naik gambar yang memaparkan dirinya manis mengenakan tudung di laman sosialnya.

Kemudian ianya telah mendapat pujian dan kata-kata positif dari para netizen yang menyokong tindakan yang dilakukan olehnya itu. Tahniah diucapkan dan semoga dipermudahkan penghijrahan Dahlia.