20 Foto: Sekitar majlis pernikahan Shahir Zawawi dan Jaskin

1,339 views

Malah semalam, penyanyi terkenal yang juga bekas juara Akademi Fantasia iaitu Shahir Zawawi, 34 tahun, dah pun selamat bernikah dengan wanita pilihan bernama Jaskin Jaludin yang berumur 33 tahun. 

Pernikahan antara Shahir dan Jaskin berlangsung di dewan milik rakannya Mila Jirin iaitu di The Royal Ballroom Bizmilla Wedding Centre di Subang Jaya. 

Sebagai majlis, Shahir dilihat masih lagi berambut panjang, dan sebaik saja majlis hampir berlangsung, Shahir dilihat dah memotong rambut panjangnya itu.

Shahir Zawawi dan isterinya bernama Jaskin itu dilihat memakai memakai buasa pernikahan berwarna putih. 

Sebaik saja selesai akad nikah, Shahir dan isteri memakai serta menyarungkan cincin antara satu sama lain dan kemudian bertemu dengan ahli keluarga. 

Ada beberapa kali, Jaskin dilihat telah pun menitiskan air matanya kerana sayu dan sebak setelah selamat bergelar isteri orang. 

Selesai bertemu ahli keluarga, pasangan ini telah menuju ke meja makan pengantin untuk menjamu selera. 

Jom layan beberapa foto sekitar majlis pernikahan antara Shahir Zawawi dan juga Jaskin Jaludin. 

Shahir berkata, dia bersyukur kerana segala urusan pernikahan dengan Jaskin telah dipermudahkan. 

Sungguhpun melalui detir getir kerana ada adanya beberapa isu yang cuba mengganggunya akhir-akhir ini, seperti ada yang menuntut wang Ringgit, Shahir Zawawi kini dah pun selamat bernikah. 

Melalui laporan, Shahir telah menyerahkan wang hantaran sebanyak 20ribu Ringgit serta mas kahwin sebanyak 300ratus Ringgit kepada Jaskin. 

Keluarga Shahir juga memberi hantaran sebanyak 5 dulang yang kemudian telah dibalas sebanyak 7 dulang oleh pihak Jaskin. 

Cantiknya isteri Shahir, Jaskin namanya

Shahir dan isteri segak bersama.

Sesi makan pengantin baru.

Untuk info, Shahir dan Jaskin telah bertunang pada bulan Julain yang lalu di rumah family Jaskin yang terletak di Tawau Sabah. 

Selamat pengantin baru diucapkan buat Shahir Zawawi dan juga Jaskin Jaludin, didoakan agar pasangan pengantin ini akan bahagia selalu melayari bahtera rumah tangga yang baru dibina.