Tahniah! Shahir AF selamat bernikah dengan wanita berasal dari Tawau, cantik isterinya

1,209 views

Dengan hanya satu kali lafaz saja, bekas juara Akademi Fantasia, Shahir Zawawi, 34 tahun, kini sah bergelar suami kepada pasangannya, wanita bernama Jaskin Jaludin, 33 tahun. 

Pasangan ini bernikah dalam satu majlis sekitar jam 9.10 malam, hari ini, Jumaat 2 September 2022. 

Majlis pernikahan berlangsung di The Royal Ball room, di Bizmilla Wedding Center, Subang Jaya. 

Pasangan sama cantik dan sama padan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri iaitu Jaludin Nongche dan turut disaksikan oleh kuru nikah bernama ustaz Hakimi dan juga bapa kepada Shahir iaitu. Turut menjadi saksi ialah dua orang ahli keluarganya. 

Ada beberapa foto yang telah dimuatnaik dengan kedua pasangan pengantin memakai baju berwarna putih. 

Dari laporan beberapa portal, pihak Shahir telah menyerahkan hantaran berjumlah RM20ribu dan juga mas kahwin berjumlah RM300. 

Sementara itu, pihak keluarga pengantin lelaki telah menyerahkan hantaran sebanayak lima dulang, yang kemudian dibalas oleh pihak keluarga pengantin perempuan sebanyak tujuh dulang hantaran. 

Setelah selamat bergelar suami, Shahir Zawawi mmeluahkan rasa syukur kerana semua urusan berjalan dengan amat baik dan begitu lancar. 

Ini sedikit komen dari Shahir tentang pernikahannya. 

“Syukur alhamdulillah, semuanya berjalan dengan begitu lancar sekali. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.” 

“Secara jujurnya, sebelum nak akad nikah tu, memang saya ada rasa gementar, tetapi sebaik saja semuanya dah pun selesai memang saya rasa kini teramat lega. Semoga ikatan ini akan berkekalan sampailah ke akhir hayat kami berdua.” 

Sebelum ini, Shahir Zawawi telah pun bertunang dengan Jaskin pada bulan Julai yang lepas di rumah keluarganya yang terletak di Tawau, Sabah. 

Selamat pengantin baru buat Shahir Zawawi dan juga Jaskin, semoga bahagia selalu, amin.