4 tahun tunggu, akhirnya isteri Shah Iskandar kini hamil

2,834 views

Selama empat tahun berkahwin, akhirnya berita gembira telah diterima oleh pelakon kelahiran Singapura iaitu Shah Iskandar dan isterinya, Siti Sarah Mohd Noor. Lama menanti, akhirnya mereka berdua mengumumkan bahawa isteri Shah Iskandar kini sedang hamil anak pertama.

Pelakon berumur 38 tahun itu telah berkongsi berita berkenaan sempena hari jadi ke 35 isterinya baru-baru ini.

Melalui caption yang ditulis, Shah Iskandar mengatakan selepas ini isterinya akan bergelar ibu lantas memberi gambar bahawa mereka akan menimang cahaya mata tak lama lagi.

Ini tulis Shah iskandar di laman Instagram miliknya sempena birthday isteri: “Selamat hari jadi pada isteriku, sila nikmati tahun terakhir sambut birthday sebagai orang bujang, kerana pada tahun depan kita dah kena sambut dengan cara mak-mak pula. I love you“.

Diruangan komen ramai rakan dan follower yang mengucapan selahat hari lahir apda isteri Shah Iskandar sambil ucap tahniah kerana akan menerima kehadiran ahli keluarga yang baru.

Dalam pada itu isteri Shah Iskandar iaitu Sarah sempat menulis kembali mengatakan dia bersyukur ada suami seperti Shah Iskandar

Ini komen Sarah: “Okey, memang susah nak jelaskan perasaan saya pada suami saya. Kadangkala geram sebab dah besar pun dia manja. Almakluml kite dah nak jadi mak, kadang selalu gduh sebab benda kecil. Apapun apa yang boleh saya simpulkan adalah kita berdua amat bahagia and maintain hubungan kami kerana cinta, love. Terima kasih encik suami.”

Shah Iskandari menyambut hari kelahiran isterinya bersama ahli keluarga di sebuah restaurant namun bertegas bahawa mereka semua ikut prosedur SOP yang ditetapkan.

Inilah first time sambut birthday tapi meja semua jauh-jauh“. Itulah kata dari Shah Iskandar.

Diimbas kembali, Shah Iskandar bernikah dengan isterinya Siti Sarah di The Ballroom at East Coast, Singapura pada tarikh 16 Januari 2016. Selepas berkahwin, Sarah yang merupakan lepasan Biotech, telah menguruskan kerjaya Shah Iskandar sebagai pelakon. Selain itu, Sarah juga mempunyai kedai rawatan kecantikkan sendiri.