35 tahun hidup solo, Salamiah Hassan bernikah dengan jejaka Australia di usia 71 tahun

3,226 views

Penyanyi Salamiah Hassan yang juga ibu kepada Atilia Haron, kini disahkan telah pun berkahwin setelah hidup solo selama 35 tahun. 

Salamiah Hassan, 71 tahun sah bergelar isteri kepada jejaka bernama Gerry Hughes, 68 tahun dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di Australia pada hari ini. 

Majli berkenaan turut ditonton secara live oleh anaknya Atilia Haron yang kemudiannya berkongsi moment gembira itu di laman Instagram. 

Dari satu kenyataan, Salamiah Hassan memberitahu, dia dah lama mengenali Gerry Hughes, malah dah berkawan selama 15 tahun. 

Baru pada tahun ini, mereka berdua mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. 

“Semua terjadi denagn cepat sekali, kami tak pernah merancang, namun setelah menyatakan serta berbincang dari hati ke hati, kami memutusakan untuk bernikah.” 

“Syukur alhamdulillah, semua urusan berlangsung dengan lancar dan urusan kami dipermudahkan. Saya bersyukur dipertemukan dengan seorang lelaki yang amat budiman.” 

Setelah mendirikan rumah tangga, Salamiah berkata dia akan tinggal di Australia bersama suaminya itu. 

“Saya dah mempunyai tanggungjawab baru di Australia, oleh itu saya harus berada di sisi suami saya. Apapun, negata tercinta Malaysia sentiasa ada di hati, dah tentu saya akan ulang alik nanti.” 

Sejak berpisah dengan suami pertama, Salamiah tak pernah terlintas untuk berkahwin lagi, namun atas persetujuan semua keluarga, kini Salah menemui teman. 

“Apa yang paling penting sudah tentu anak-anak dan family saya menerima kehadirannya dengan baik. Begitu juga dengan family dari sebelah Gerry Hughes, semua senang dengan saya.” 

Salamiah Hassan berharap semua perjalannya sebagai isteri akan dipermudahkan urusan. 

Selain Atilia Haron, Salamiah Hassan juga mempunyai seornag lagi anak lelaki bernama Raja Ahmad Shah hasil perkahwin dengan bekas suaminya, Raja Haron.