Penyanyi yang juga bekas juara Akademi Fantasia iaitu Shahir Zawawi mengumumkan akan tamatkan zaman bujangnya pada hujung minggu ini dengan seorang wanita dari Sabah.
Namun begitu, ada pula suara sumbang yang mendedahkan bahawa Shahir Zawawi ni ada berhutang dengan beberapa pihak.
Malahan sehingga nak kahwin pun, Shahir masih lagi belum melangsaikan hutangnya itu.
Menjawab tuduhan berkenaan, Shahir Zawawi akhirnya memberi satu kenyataan untuk menjelaskan apa yang berlaku.
Shahir mendakwa, apa yang pihak berkenaan tuntut itu bukanlah hutang, sebaliknya merupakan satu tuntutan yang tak pernah dibincangkan.
“Secara jujurnya saya tak mahu melayan isu macam gini apatah lagi kini saya sedang sibuk membuat persiapan nak kahwin.”
“Tambahan lagi, pula isu itu dah lama berlaku semasa saya dalam program Akademi Fantasia Megastar sekitar 5 tahun lepas.”
“Saya masuk rancangan tu kerana dijemput Astro sendiri dan dia yang datang pada saya. Itu pun hanya setakat minggu ketiga, kerana atas sebabhal yang tak perlu saya dedahkan.”
Jelas Shahir, terma berhutang itu tak boleh diguna pakai, sebab hal itu tak dibincangkan antara dua belah pihak.
“Apabila individu itu cakap saya ada berhutang, bagi saya terma itu pun tak betul, sebaliknya berkaitan tuntutan dengan hal kerja yang tak dibincangkan secara bersama.”
“Tiba-tiba dia pula nak tuntut dan claim sebanyak RM4ribu.”
Shahir Zawawi juga mempersoalkan kenapa sekarang baru nak buat tuntutan.
“Kalau betul saya ada hutang RM4ribu, mengapa baru sekarang dihebahkan, bukan 5 tahun lepas, mahupun lepas saya menang di rancangan Al Hijrah tak lama dulu.”
“Dan ada juga pihak lain kata saya ni ada isu dengan syarikat rakaman. Apa tujuan sebarkan cerita tak baik tentang saya.”
“Saya ni bukannya jenis suka cakap tentang orang lain. Lebih baik saya fokus kepada kerjaya dan persiapan urusan pernikahan dan perkahwinan saya ni.”
Isu ini menjadi bualan setelah ada individu menulis kepada Shahir meminta penyanyi berkenaan melangsaikan RM4ribu sebelum nikah.
“Bayar hutang dulu baru nikah. Aku yang masih hidup ini pun dia senyap saja. Masa program AF Megastar aku dah alami kerugian lebih kurang RM4ribu. Duit aku sendiri tu.”
Itulah kes terkini yang melibatkan Shahir Zawawi.