5 gambar sekitar perkahwinan Elizabeth Tan?

5,276 views

Antara penyanyi yang menjadi igauan ramai pemingat lelaki di luar sana ialah penyanyi bernama Elizabeth Tan.

Memiliki suara yang lunak dan wajah yang comel, Elizabeth Tan mempunyai ramai peminat dan sampai ada yang selalu cuba nak ayat penyanyi ini.

Dalam perkembangan terbaru, pagi ini telah kecoh bahawa Elizabeth Tan dah pun selamat bergelar isteri kepada seorang jejaka.

Hal ini mula tersebar apabila seorang individu yang dikatakan ayah kepada Elizabeth Tan telah muatnaik gambar Elizabeth Tan dan seorang jejaka sedang berada di altar untuk berkahwin.

Gambar itu telah dimuat naik sendiri di laman Facebook bernama David Tan Suan Chew, iaitu bapa kepada Elizabeth Tan.

David Tan Suan Chew telah menulis bahawa gambar Ellizabeth Tan yang lebih mesra disapa Lizzy itu ialah anaknya, anak yang paling bongsu.

Lizzy dilihat memakai busana pengantin berwarna putih yang cantik sambil tersenyum ke arah lelaki yang berdiri dihadapannya. Lelaki yang dikatakan kini telah selamat bergelar suami kepada Lizzy itu bernama Siew Jim.

Ada juga beberapa gambar dan juga video menunjkkan majlis perkahwinan mereka dan dapat dilihat memang ianya benar-benar berlaku.

Ini antara gambar dikatakan majlis perkahwinan Lizzy.

Melihat ruang komen, ramai yang mula memberi ucapan tahniah kepada David Tan dan juga Elizabeth Tan.

Sebelum ini Elizabeth Tan pernah buat gimik kononnya akan berkahwin namun ianya adalah untuk muzik video lagu terbarunya.

Akan tetapi berbanding dengan gambar kali ini, ianya memang agak real dan seperti bukannya satu gimik. Sehingga kini belum ada kenyataan rasmi dari Elizabeth Tan. Ramai yang masih lagi tunggu kenyataan rasminya.

Jika benar Elizabeth Tan dah berkahwin dengan jejaka bernama Siew Jim, tahniah diucapkan. Maka ramailah jejaka yang akan patah hati di bucu katil.