Nabila Razali boleh nyanyi tapi bukan strong singer, dia faham impossible menang vokal terbaik – Syafinaz

2,929 views

Masih lagi tentang persembahan Nabila Razali yang tergelincir ketika menyanyyikan bahagian chorus lagu miliknya Peluang Kedua di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35.

Sebenarnya, Nabila Razali dah pun berjuang dengan menuntut ilmu dan berguru dengan guru yang hebat untuk menyanyi di atas pentas yang besar iaitu di AJL35.

Namun mungkin terlalu gemuruh, Nabila Razali akhirnya tersilap ketika menyanyi secara live.

Guru yang menjadi pilihan Nabila Razali ialah seorang guru yang amat disegani ramai iaitu Datuk Syafinaz Selamat.

Sebagai guru vocal yang melihat sendiri perkembangan nyanyian Nabila Razali ketika cuba membawa lagu Peluang Kedua, ini kenyataan dari Syafinaz.

“Ketika Bella datang berjumpa saya, dia faham impossible untuk dia meraih kemenangan menerusi vokal terbaik.”

“Namun, matlamat yang dia nak capai adalah sekurang-kurangnya baiki diri dan buat persembahan yang cukup untuk diri dia. Dia sedar tahap dia kat mana.”

“Saya juga berlaku jujur dan straight forward pada dia tentang kemampuan dia, jauh mana dia boleh pergi. Tetapi saya tak expect apa yang berlaku ketika di pentas AJL35.”

“Pada saya Bella ni baru nak start, dia bukan penyanyi yang dikatakan seperti strong singer, tetapi dia mahu belajar untuk baiki kelemahan yang dia ada.”

“Semua pun tengok yang terkucil itu je. Bagi saya amat unfortunate sebab terjadi di atas pentas yang besar seperti AJL35. Sebenarnya kejadian terkucil tu biasalah, apatah lagi di pentas AJL.”

“At the end of the day dia di atas pentas, mungkin emosi dia terganggu dan kena lebih banyak persediaan. Teknik dia pun belum sampai, tiga bulan pun tak cukup untuk belajar.”

“Ini permulaan untuk dia bertanding, it’s a learning process for her. Menyanyi ni boleh asah, kalau tekun, dia boleh. Saya happy dengan perkembangan dia. Semoga dia tak patah semangat dan teruskan belajar.”

Itulah pendapat dari Datuk Syafinaz Selamat tentang Nabila Razali.