5 tahun muflis, Datuk Red akui ditanggung Adira

1,471 views

Akhirnya ahli perniagaa, yang juga suami kepada Adira iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red tampil menceritakan keadaan terkini dirinya. 

Datuk Red akui dirinya telah jatuh muflis pada tahun 2019. 

Kini sudah lima tahun Datuk Red tiada pekerjaan atau pendapatan yang tetap. 

Sejak muflis, Datuk Red terpaksa mengharapkan bantuan dari isteri keduanya iaitu Adira. 

KISAH MUFLIS PADA TAHUN 2019 

“Beginilah kehidupan, benar sekarang ni saya sedang mencari kerja. Saya sebenarnya sudah diisytiharkan bankrap atau muflis pada tahun 2019.” 

“Mulanya saya ada join venture untuk bangunkan tapak kondominium. Masa tu RM90ribu saja, namun setelah berkait kait, saya berhutang sampai berjuta.” 

“Kemudian setelah projek itu gagal, saya disenaraikan muflis.” 

“Kalau ikutkan kira-kira dalam RM5juta hingga RM7juta hutang.” 

“Memang ada juga yang datang rumah untuk tuntut hutang, namun memang saya dah tak ada apa, macam mana nak bayar.” 

“Saya nak makan pun tak cukup duit, untuk keluarga dan anak-anak pun tak ada.” 

SEDANG CARI KERJA 

Mulanya, Datuk Red ada cuba meminta dari rakan peluang pekerjaan, namun ianya tak berjaya.  

Ketika ini, Datuk Red memang sedang cuba untuk bangkit dan sedang mencari kerja. 

“Selagi tak usaha selagi itulah kita tak tahu. Saya ada cari pekerjaan di laman media sosial, saya beranikan diri sahaja. Malu dah belakang kira.” 

“Saya tak boleh nak berdiam saja dan biarkan orang rumah pula yang tanggung saya. Saya tak kisah kerja apa, janji kerja tu halal.”  

“Ada yang cadangkan agar saya jadi pemandu e-hailing namun itu sekadar melepaskan tengkuk saya saja.” 

“Saya ada tanya kawan-kawan saya untuk jadi ejen-ejen baju Melayu tapi mereka tak balas mesej saya.” 

PERNAH FIKIR NAK TAMATKAN RIWAYAT HIDUP 

Dek kerana tekanan, Datuk Red akui memang pernah terfikir untuk tamatkan hidupnya saja. 

Namun kini dirinya masih kuat iman dan masih mahu mencuba. 

“Nyawa saya dah tidak lama, takkan saya nak pergi meninggal dengan hutang.” 

“Kadangkala sampai terfikir kalau ada mesin tarik nyawa memang saya mahu cuba sebab dah tak larat.” 

“Tetapi apabila fikirkan anak-anak dan agama saya terus kembali kuat. Namun jujur saya memang tertekan dan amat down.” 

ADIRA PALING BANYAK BANTU, SYUKUR ISTERI JAGA AIB 

DAtuk Seri Adnan Abu akui, isteri keduanya iaitu Adira paling banyak membantu dalam urusan keluarganya.  

“Selama ini Adira yang banyak membantu dan tolong saya. Saya harap kisah saya ini orang tak adalah nak kaitkan dengan dia.” 

“Dia pun manusia biasa ada keinginan.” 

“Sudah lima tahun Adira tanggung biawak hidup.” 

“Saya bersyukur isteri-isteri saya jaga aib saya.” 

KISAH BULAN RAMADHAN, ANAK NAK MAKAN, BAJU RAYA 

Datuk Red ada bercerita tentang kisah anaknya yang tak tahu apa keadaan dirinya. 

Anak-anak seperti biasa mahu baju raya dan barangan raya. 

Malah ketika berbuka pun, Datuk Red terpaksa meminta Adira untuk tanggung. 

“Datin Red ada urusan apabila anak buahnya masuk ke hospital. Dia minta saya jaga anak-anak.” 

“Masa berbuka, anak-anak nak makan, mereka minta ayam geprek, dan ada yang minta Mcd.” 

“Saya mesej Adira, dan dia bantu saya, beri RM100.” 

VIDEO TEMUBUAL DATUK RED 

Ini pula temubual Datuk Red dengan pihak Mstar. 

Memang satu ujian yang berat buat Datuk Red ketika ini. 

Untuk info, kedua dua isteri kepada Datuk Red iaitu Datin Red dan juga Adira telah menfailkan perpisahan dengan suaminya baru-baru ini.