“Dah macam Bella Astillah pula kena tangkap khalwat” Fadzil Zahari ingatkan ibu Aliff Aziz

1,477 views

Isu Aliff Aziz dan juga Ruhainies membuatkan ramai mula muak dengan sikap pelakon dan penyanyi dengan kelahiran Singapura itu. 

Ramai beranggapan Aliff masih lagi tidak berubah walaupun banyak kali diberi peluang. 

Bella Astillah juga dilihat sudah mahu angkat kaki setelah berkali kali suaminya itu terpalit dengan isu bersama wanita lain. 

Namun begitu, kasih sayang seorang ibu kepada Aliff Aziz dilihat tidak berbelah bagi. 

Ibu Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza ada beberapa kali muatnaik posting yang dilihat bagaikan menujukan kepada anak lelakinya itu. 

Pelbagai kata-kata penaik semangat diberikan oleh ibu Aliff Aziz. 

Bukan itu saja, beliau juga sudah unfollow menantunya iaitu Bella Astillah. 

Melihat pelbagai hantaran luahan hati dari ibu Aliff Aziz ini, ramai yang mula kurang senang. 

Walaupun semua faham, kasih ibu yang ditunjukannya, namun ramai beranggapan sepatutnya kasih sayang juga wajar ditujukan kepada menantunya. 

Ini kerana, menantunya yang menjadi mangsa dalam keadaan ini. 

Ada juga yang mula mengungkit kisah ibu bapa mertua Puteri Sarah iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah, yang masih lagi mempertahankan hubungan dengan menantunya, kerana akur, kesalahan adalah dari anaknya. 

Dalam pada itu, pelakon, penerbit terkenal iaitu Fadzil Zahari, dilihat telah menulis satu komen kepada ibu Aliff Aziz ini. 

Adik kepada Farid Kamil ini telah menasihati ibu Aliff untuk bertenang sebab tindakannya itu bagaikan Bella yang membuat kesalahan, bagaikan Bella yang ditangkap khalwat. 

Tenang je la makcik, ni dah macam Bella pula yang kena tangkap khalwat.” Itu yang ditulis oleh suami Yana Samsudin ini. 

Tulisan dari Fadzil Zahari kepada ibu Aliff Aziz itu nampaknya telah mendapat persetujuan ramai. 

Ini kerana ramai yang beranggapan ibu Aliff Aziz bagaikan memenangkan anak sendiri sehingga mengabaikan Bella Astillah.