Teruk kena, Shuk nafi larikan diri

10,084 views

Terlibat dengan rancangan bual bicara yang melibatkan Fauzi Nawawi dan Raja Farah, salah seorang pengacaranya iaitu Shuk Sahar juga teruk kena tempias.

Ramai netizen naik angin dengan komen dari Shuk yang beriya mahu Fauzi bercerita lebih terperinci tentang babak dengan Raja Farah. Malah Shuk ada mengatakan dia mahu membayangkan babak berkenaan.

Kerana sering terlibat dengan isu sana sini, ramai yang mempersoalkan kenapa masih ada syarikat yang mahu tawarkan Shuk kerja dalam bidang seni.

Sesetengah netizen mengatakan, jika di negara lain, seorang selebriti yang berperangai seperti Shuk dah habis kena gam.

Menjawab isu yang timbul, pelawak berumur 35 tahun ini telah memohon maaf kepada semua pihak yang ada rasa tersinggung di atas percakapannya di rancangan berkenaan.

“Saya dengan rasa rendah diri, ingin minta maaf kepada semua pihak yang ada rasa terguris hati setelah menonton rancangan itu. Saya tak ada niat apa-apa pun.”

“Selepas ini saya akan jadi lebih berhati-hati dengan setiap content program dan juga semua percakapan saya. Diharapkan semua orang akan mendoakan supaya semua hal akan jadi lebih baik.”

Jelas Shuk lagi, selepas isu ini menjadi viral, dia bukannya nak berdiam diri dan mahu larikan diri dari memberi komen tentang hal itu.

Kata Shuk, dia ambil pendekatan berdiam diri sebab tak nak keruhkan lagi keadaan dan takut tersalah cakap.

“Jujurnya saya cakap, saya ni bukannya nak melarikan diri, namun isu ini libatkan banyak pihak dan bukan hanya saya seorang saja. Oleh itu, kalau boleh saya tak nak mengulas dengan lebih lanjut.”

“Saya memang agak risau kalau tersalah cakap, ia akan bagi impak kurang baik kepada pihak lain. Saya tak melarikan diri, sebaliknya lebih kepada risau jika ada salah cakap.”

Shuk Sahar telah menutup ruangan komen sejak video temubual bersama Fauzi Nawawi jadi tular, dan Shuk tak ada buat sebarang kenyataan tentang hal ini.