Siapa yang tak kenal dengan ahli perniagaan terkenal Mawar Karim yang lebih mesra dikenali degan nama Mawar Fareeda, sempena nama tudung tersohor di Malaysia.
Kini Mawar telah mengembangkan legasinya dengan menceburi bidang barang kemas atau jewelry pula. Walaupun masih lagi bersama-sama dengan perniagaan tudung Fareeda bersama ibunya, Mawar juga sibuk dengan perniagaan barang kemas dan emas yang masih lagi baru diceburinya.
Wanita berumur 32 tahun ini kini mempunya syarikat diberi nama Mawar Jewelry. Namun Mawar akui dia masih baru dan sedang belajar selok belok perniagaan barang kemas ini.
“Selama 16 tahun, jenama Fareeda selalu buat saya teringat tentang mama ketika awal pembabitan dalam dunia tudung. Hanya bermula di rumah dengan gunakan dua mesin jahit, kadangkala tidur kejap je, dalam 2 jam untuk buat tempahan. Pesan mama, nal mul aniaga, kena secara kecil-kecilan. Kena selalu ingat masa kita mula. Janganlah terus nak ada kilang besar.”
“Tanpa Fareeda dan jika tak ada sokokngan para penyokong maka tiadalah Mawar Jewelry. Banyak sektor yang terkesan termasuk bidang fesyen seperti kami ketika adanya wabak yang melanda. Oleh itu, ini merupakan masa untuk saya menegmbangkan perniagaan lain.”
“Kenapa bidang emas, sebab ini perniagaan masa panjang. Emas ni ada empat fungsi sebagai hiasan, simapan, perniagaan dan juga pelaburan. Saya mula rasa nilai emas ni bila berada di dalam kesusahan.”
Selain menceburi bidang perniagaan emas, Mawar karim juga kini sedang menyambung pelajaran di dalam bidang jewelry di University of the Arts London.
“Saya kena belajar dan gali ilmu dalam bidang jewelry ni. Saya bukannya seorang yang ada ijazah sebab saya tak mampu lepas habis sekolah untuk terus nak sambung belajar. Masa tu saya hanya tumpang happy tengok kawan-kawan masuk universiti.”
“Syukur tahun ini, walaupun pada umur saya ni, dapat juga sambung belajar di universiti Arts London, Jewellery Course. Sungguhpun belajar secara online sebab pandemik. Saya kena ada ilmu saya dari zero.”
Mawar memberitahu dia hanya bermual menjual secara online saja di Shopee dan dalam perancangan untuk membuat butik untuk Mawar Jewelry di Bangi nanti.
“Terima kasih kepada anak saya Maryam yan setia teman mama kadang-kadang sampai tengah-tengah malam study, family, kawan-kawan, sentiasa ada dengan saya susah senang walau diuji macam-macam.”
Mawar karim mempunyai seorang anak perempuan bernama Maryam yang kini sudah berumur 3 tahun lebih hasil perkahwinan dengan actor popular Fizo Omar.