Sebagai seorang suami, Shuib sudah tentu mahu isterinya kembali sedar setelah sedang bertarung demi nyawa sebaik jalani pembedahan mengeluarkan baby keempat semalam.
Sarah melahirkan anak keempat mereka sekitar jam 4 petang dan telah koma serta tak sedarkan diri.
Ramai juga yang nak tahu keadaan anaknya itu, dan akhirnya Shuib ada memberi sedikit update tentang anak lelakinya itu.
Shuib telah menetapkan nama anaknya itu ialah Ayash Affan, nama yang dipilih sendiri oleh Siti Sarah.
“Siti Sarah nak sangat beri nama baby keempat dengan nama Ayash Affan. Doakan Ayash Affan akan jadi anak yang soleh. Doakan agar babay saya ni akan kuat untuk bertahan dalam masa dua bulan ini.”
Melalui satu entry di Instagram story, Shuib mengatakan baby dalam keadaan yang amat baik, malah dah buka mata dan menendang, sangat aktif.
“Sedikit info tentang baby saya, Ayash Affan, seorang baby pramatang lahir 7 bulan. Dr Faiz dari HUKM mengatakan baby seakrang dah buka matanya, dan kaki tangan gerak sangat aktif. Baby dalam keadaan yang stabil.”
Shuib terus meminta agar semua orang dapat mendoakan anaknya itu dan juga isterinya.
Siti Sarah kini belum sedar diri namun keadaan dikatakan semakin positif. Jelas Shuib, doktor mengatakan ada peningkatan dengan bacaan oksigen Siti Sarah, daripada hanya sekitar 40 peratus kini naik dah jadi 70 sehingga 80 peratus.
Shuib juga ada muatnaik sekeping gambar mereka sekeluarga dan menulis status meminta isterinya itu untuk kembali pulih dan dia akan setia menanti.
Pasangan Shuib, yang menjadi terkenal menerusi kumpulan Sepantu dan juga Siti Sarah, penyanyi popular, disatukan pada tahun 2011 dan telah pun mempunyai tiga orang anak sebelum ini.