Sampai rumah, ingat nak elak jumpa anak, tapi tak sempat, anak kedua terus tanya

4,736 views

Shuib akui memang satu cabaran untuk menyampaikan berita pemergian Siti Sarah kepada anak-anak mereka iaitu Uwais Alqra (10 tahun), Dzahira Talita Zahra (8 tahun) dan Ariq Matin (6 tahun).

Selepas pulang dari pengebumian Siti Sarah yang selesai kira-kira jam 2 petang tadi, Shuib terpaksa memberitahu berita berkenaan kepada anak-anak bahawa ibu mereka sudah lagi tiada di dunia ini.

Semasa on the way untuk pulang ke rumah, Shuib asyik terfikir bagaimana nak bagi tahu berita duka itu.

Melalui satu sesi live sekitar jam 6 petang, akhirnya Shuib bercerita bagaimana dia beritahu anak-anak mereka tentang berita berkenaan, ini cerita dari Shuib.

Semasa arwah Siti Sarah meninggal dunia, anak-anak semua tengah tidur. Oleh itu, saya tak kejutkan mereka. Sebaik tiba di rumah dari urusan pengebumian isteri saya, dengan cekal hati belum terus cakap hal ini terlebih dulu.

Bila masuk rumah, saya ingat nak elak dulu jumpa anak, namun memang tak sempat. Ini kerana anak perempuan saya, anak kedua iaitu Talita terus tanya.

Tapi dia tanya sama ada saya dah ada gambar adik bongsunya, Ayash Affan. Lepas tu saya cakap saya kena mandi dulu sebab tadi ada urusan.

Shuib mengambil masa yang lama ketika mandi sebab cari kekuatan untuk cerita hal sebenar kepada anak-anak.

Lepas mandi, semasa nak wuduk, ibu mentua saya call dan minta saya terangkan hal ini sebab anak-anak boleh tahu berita ini dari berita dan juga video di YouTube.

Ini satu ujian paling berat perlu saya kena lakukan. Saya cekalkan hati kemudian turun panggil anak-anak. Kebetulan semasa siaran TV, tajuk beritanya adalah Siti Sarah sudah lagi tiada. Anak-anak terus tanya hal ni betul atau sebaliknya.

Saya cakap kat anak-anak, kita semua ada buat solat hajat nak ibu balik, namun ibu tak akan balik rumah lagi. Masa tu semuanya terdiam. Ada yang faham, ada yang tak faham.

Shuib ada beritahu bahawa anaknya berumur 6 tahun memang kurang faham, namun dialah yang paling akrab dan manja dengan ibunya.

Saya terangkan satu persatu kepada semua anak-anak. Saya cakap kita dengan Allah agar ibu balik, tapi ibu bukan milik kita, sebaliknya ibu milik Allah. Jadi Allah tak pulangkan pada kita kerana Allah terlalu sayangkan dia, sebab dia terlalu baik. Kita tidak akan jumpa ibu lagi.

Waktu itu anak-anak semua menangis teresak-esak, lama-lama mereka semua dah paham. Saya memang koyak masa tu. Kemudian saya sampaikan pesan ibu yang mahu anak-anak semua jadi seorang yang soleh dan solehah, pandai mengaji dan tak tinggal sembahyang, harta ibu adalah anak-anak.

Shuib berkata, selesai menerangkan apa yang terjadi kepada ibu mereka, Shuib kemudian bersama-sama solat Asar dengan anak-anak.

Sesi live Shuib itu telah ditonton seramai 500 ribu viewer petang tadi. Rata-raat bersimpati dan mengucapkan ucapan takziah kepada Shuib dan family.