“Sarah belum ambil vaksin, pembantu rumah pun meninggal dunia” Ini pendedahan Shuib

6,564 views

Melalui sesi IG live yang dibuat oleh Shuib Sepahtu semalam petang, dia ada menceritakan lebih terperinci tentang punca sebenar dia sekeluarga terkena jangkitan Covid.

Shuib bercerita bahawa mereka sekeluarga mula dijangkiti setelah pembantu rumahnya, seorang warga Indonesia, telah menyentuh seorang rakannya. Sentuhan berlaku ketika pembantu rumah turun ke bawah untuk membuang sampah.

Nak dijadikan cerita, kisah bermula apabila pembantu rumah saya pergi turun ke bawah nak buang sampah. Kemudian, ada jumpa dan dia salam kawan, lepas tu, habis kami satu keluarga pun kena juga.

Shuib juga mengesahkan bahawa pembantu rumahnya itu turut tewas dan telah pun meninggal dunia terlebih dulu, iaitu pada hari Jumaat.

Itulah bermulanya bagaimana virus berkenaan mula tersebar di kalangan keluarga Shuib dan Sarah termasuk ketiga-tiga anaknya yang disahkan positif.

Selain itu, Shuib juga mengesahkan bahawa Siti Sarah masih lagi belum menerima suntikan vaksin.

Paru-paru arwah Sarah dah dijangkiti hampir keseluruhannya. Sehingga paru-parunya tidak boleh buat kerja untuk pam oksigen, akhirnya organ arwah mual tak dapat nak berfungsi dengan baik.

Kemungkinan kerana belum vaksin, memang dia belum ambil suntikan. Tadi di hospital, ada seorang nursu ada cakap minta saya cerita tentang perkara ini. At least dengan vaksin, mungkin ianya akan dapat bantu.

Selain itu, Shuib juga akui sebelum ini dia kurang menjaga bab kesihatan ini, malah pernah berkelahi dengan isteri sebab nak jumpa orang di luar.

Kini semuanya berubah, dan Shuib menyarankan agar semua orang jaga diri, kesihatan, dan sentiasa jaga SOP.

Dalam hati saya ada fikir, duit banyak mana pun tal boleh nak kembalikan isteri saya. Dengarlah cakap saya. Jaga kesihatan, dulu saya ni orang yang tak jaga sangat bab-bab macam ni. Sekarang saya sudah amalkan makan supplement termasuk vitamin C.