Janna Nick akhirnya komen isu baju terselak, tetap tak nak delete

13,110 views

Pada minggu lalu, Janna Nick ada muatnaik satu gambar menunjukkan dirinya memakai baju seperti baju kurung. Kalau dilihat secara imbas memang ayu sungguh gambar tu.

Namun tak sangka, jika diamati dengan teliti, rupanya telah kelihatan bajunya sedikit terselak di bahagian dada.

Ini sekaligus membuatkan begitu ramai follower dan netizen yang menulis komen tentang hal itu di gambar berkenaan.

Ramai yang meminta Janna Nick untuk delete gambar berkenaan, dan tak kurang yang persoalkan takkanlah Janna tak nampak selakkan berkenaan.

Walaupun menerima pelabagai kata-kata kurang enak dari para netizen, Janna Nick hanya buat tak tahu saja.

Selepas seminggu hal ini berlarutan, melalui laporan Mstar, akhirnya Janna Nick bersuara. Jelasnya dia terima saja semua komen-komen dari netizen tentang gambar itu.

Namun pelakon berumu 26 tahun ini berkata, dia tak akan padam gambar berkenaan.

Jika orang kata ianya agak terdedah saya terima, memang itu terdedah lah. Kalau ada yang kata ianya hanya biasa, pun saya terima saja.

Setelah diri kita ni sendiri yang pilih untuk upload gambar yang udang tohmahan, saya kenalah menerimanya, saya tahu memang banyak kecaman yang telah diberi.

Tapi saya ni bukanlah jenis orang yang kalau dah upload akan delete balik kalau kena cakap yang bukan-bukan.

Sementara itu, Janna Nick juga mempersoalkan ada juga artis yang pakai terdedah namun mereka tak kena apa-apa dari netizen.

Tapi bila artis lain pakai tube dan seluar pendek, mereka tak ada pun orang datang nak beri tohmahan pada mereka.

Maybe orang dah terbiasa tengok imej saya yang boyish, jadi mereka terkejut nampak saya pakai sebegitu.

Janna Nick meminta agar orang ramai mendoakannya dan mengambil contoh Zizi Kirana sebagai example yang baik.

“Apa yang saya boleh cakap, just doakan saya untuk jadi yang lebih baik. Macam Zizi Kirana, dulu imej dia agak terdedah sekarang ni, syukur alhamdulillah dah bertudung. Kita tak tahu pengakhiran hidup seseorang.”

Itulah komen dari Janna Nick tentang isu baju yang terselak itu.