Daiyan Trisha dedah ciri lelaki idaman, mahu yang kelakar.. Tak suka lelaki like foto wanita lain

2,423 views

Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha antara selebriti yang kini masih lagi single dan belum berpunya.

Walau usia sudah masuk 28 tahun, Daiyan Trisha memberitahu, buat masa sekarang dia belum ada sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga.

Dek kerana kerjayanya semakin baik, Daiyan Trisha berkata dia mahu lebih fokus dengan kerjayanya terlebih dulu.

Status saya sekarang ni masih lagi single, tak ada plan nak berkahwin dalam masa terdekat ni pun, saya mahu fokus dengan kerja terlebih dulu. Malahan, kemungkinan dalam masa terdekat akan terus keluarkan single terbaru.

Sementara itu, apabila ditanya tentang apa yang dicari dalam seseroang lelaki untuk menjadi peneman hidup, Daiyan terus bercerita tentang ciri-ciri lelaki idamannya.

Antara ciri yang dia mahukan ada dalam seseroang lelaki itu ialah seorang yang setia dan kelakar, boleh membuatkan dirinya gelak.

Antara ciri-ciri yang saya cari, lelaki itu mestilah seorang yang kelakar, bijak, soft spoken orangnya, selain bercita-cita tinggi. Saya juga suka lelaki yang beradab dan setia.

Selain itu, Daiyan dengan jujur mengatakan dia kurang berminat dengan lelaki yang mempunyai ramai follower atau suka follow ramai wanita di laman media sosial.

Saya ni memang tak berapa gemar lelaki yang sejenis follow ramai perempuan di laman Instagram dan suka like foto wanita lain.

Pada tarikh 2 September lepas, Daiyan Trisha memberitahu adiknya dah berkahwin terlebih dulu darinya. Diruangan komen, ramai peminat meminta Daiyan jangan kahwin dulu sebab nanti akan membuatkan ramai lelaki diluar sana patah hati.

Daiyan Trisha turut bercerita bahawa di kelapangan waktu ini, dia juga sempat menonton rancangan Money Heist dan meminati watak Tokyo dan Berlin. Jika dia turut berlakon dalam drama ini, dia mahu namanya dikenali sebagai Venice.