Dayah Zubit bukan lagi pengasuh Aafiyah, Siti Nurhaliza dah cari pengganti

25,614 views

Sebelum ini ramai yang kenal degan penjaga atau pengasuh anak Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah iaitu Dayah Zubit.

Namun selepas Dayah Zubit berkahwin pada bulan Jun yang lalu, Dayah telahpun berhenti sebagai pengasuh Aafiyah.

Untuk menggantikan Dayah Zubit, Siti Nurhaliza dan suami telah pun mengambil seorang pengasuh yang baru kepada Aafiyah iaitu seorang guru.

Ujar Siti, dia memilih mencari seorang guru kerana lebih mudah untuk membimbing proses pembelajaran Aafiyah yang kini sudah masuk umur empat tahun.

Ketika pandemik ini memang bukan senang anak-anak asyik kena duduk rumah saja. Saya syukur ada masa untuk buat aktiviti bersama Aafiyah, takdelah Aafiyah boring, di waktu berada di rumah ni, dia boleh bentuk perkembangannya.

Selepas Dayah Zubit berhenti sebab dah berkahwin, kita cari penjaga baru dan dia merupakan seorang guru. Ini agar dia dapat mengajar dan buat aktiviti bersama Aafiyah di rumah.

Lega juga sebab ada seorang cikgu yang menjaganya, kini saya nampak adalah perkembangan positif, sebolehnya saya pun tak nak Aafiyah hanya tumpu pada gajet saja, at least dia ada aktiviti dengan cikgu walaupun saya tak berada di rumah.

Sebelum ini, Dayah Zubit menjadi penjaga kepada Aafiyah selama beberapa tahun dan mempunyai berkelulusan dalam bidang kejururawatan atau nursing.

Baru menimang anak kedua iaitu Muhammad Afwa pada 19 April lalu. Siti rasa seronok kerana dapat tengok anak membesar.

Syukur alhamdulillah Afwa kini dah nak masuk lima bulan. Memang seronok dapat tengok anak-anak membesar depan mata sepanjang PKP ini. Ada hikmah atas apa berlaku.

Bayangkan kalau saya kerja macam biasa, balik kerja dah petang memang tak dapat nak tengok sepanjang hari.

Baru-baru ini saya ada bawa Aafiyah jalan-jalan pusing naik kereta, dia punya teruja dapat tengok banyak kereta dan lampu-lampu di luar sana, rasa kesian pula mungkin terlalu lama Aafiyah di rumah.