Baby Ayash Affan dah selamat pulang ke rumah, Shuib upload gambar dukung baby

14,621 views

Setelah 41 hari berada dan dipantau di unit neonatal ICU, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kini anak bongsu arwah Siti Sarah dan Shuib Sepahtu telah diberi kebenaran untuk keluar ward dan pulang ke rumah, ke pangkuan keluarganya.

Hal ini disahkan sendiri oleh Shuib Sepahtu melalui satu entry di laman Instagram miliknya petang Selasa.

Shuib telah muatnaik gambar tangan baby Ayash Affan sekitar jam 4 lebih tadi.

Bagi Shuib, kepulangan baby Ayash Affan ini merupakan satu hadiah sempena hari lahir arwah isterinya pad atarikh 15 September.

Syukur kepadamu ya Allah, hari esok hari lahir Siti Sarah, 15 September, dan Allah hadiahkan kepulangan Ayash Affan pada hari ini.

Insyaallah kejap saja lagi dah boleh balik. Tangan sebiji macam tangan ibunya, terima kasih kepada semua yang mendoakan anak kecil ini.”

Sekitar jam 6 petang tadi, Shuib sekali lagi dah update bahawa baby Ayash Affan dah pun sampai ke rumahnya.

Shuib berkata dia rasa agak janggal kerana setelah mendapat anak baru, atau baby baru, selalunya akan pulang bertiga, bawa anak dan emaknya sekali, tapi kini hanya bawa pulang anak saja.

Terasa janggal dulu balik dari hospital bertiga, kini hanya balik berdua saja.Allah maha mengetahui. Uwais, Talita, Matin, daddy dah on the way.

Shuib turut muatnaik sekeping foto sedang mendukung baby Ayash Affan di dalam kenderaannya ketika jalan pulang ke rumah.

Di ruamhnya semua ahli keluarga sedang menunggu ketibaan baby Ayash Affan termasuklah adik beradiknya yang lain yang dilihat amat excited dengan kedatangan baby baru.

Memang ramai yang dah tak sabar nak tengok wajah baby Ayash Affan, semua tengah tunggu video atau gambar dari Shuib, kita tunggu saja nanti.