Memang jarang-jarang selebriti Alif Satar ni naik angin dengan netizen tetapi baru-baru ini ianya telah berlaku.
Alif Satar dilihat telah membalas dan memberi komen kepada seorang netizen yang telah menulis komen kurang elok terhadap isterinya iaitu Shadila Halid.
Netizen berkenaan menulis komen bahawa Shadila tidak lawa ketika buat duckface ketika bergambar dengan Alif Satar.
Alif Satar telah muatnaik gambar selfie dengan Shadila ketika mereka berdua duduk di dalam kereta. Ini caption dari Alif.
“Apabila dah lama saya tidak naik basikal dan lari dari Putrajaya ke KLIA, warna kulit saya dah sama dengan warna kulit isteri saya. Macam mana ni.”
Di dalam gambar berkenaan, Shadila dilihat telah buat aksi duckface atau muncung itik.
Dengan tak semena-mena, ada seorang wanita telah tulis satu komen mengatakan bahawa wajah isteri kepada penyanyi itu kelihatan tidak lawa apabila buat aksi duck face berkenaan.
“Kenapa isteri buat muncung macam itik macam tu? Tak lawa.” Itulah komennya seorang pengguna Instagram di gambar berkenaan.
Tersentak dengan penulisan mengatakan isterinya tak lawa, Alif Satar terus memberi respon balas dan emminta pengguna berkenaan jangan bertindak biadap seperti itu.
“Janganlah kurang ajar.” Itulah respon balas dari Alif secara ringkas kepada wanita berkenaan.
Selain Alif, ramai juga pengguna lain yang memberi respon kepada wanita berkenaan dan mengatakan adalah lebih baik kalau tak tulis komen yang menyakitkan hati orang lain.
“Jika tak ada benda baik nak komen, lebih baiklah jangan nak komen apa.” Itu antara komen dari pengguna Instagram yang lain.
Ada juga berkata kat wanita itu dan mengatakan dia pun tak lawa kalau buat duckface. “Cuba akak buat duckface, lagi lah tak lawa.”
Alif Satar dan Shadila bernikah pada tahun 2014 dan mereka mempunyai tiga orang anak.