“Kenapa buat macam ni” Iqbal dedah whatsapp terbaru dari Kacak

47,300 views

Kisah antara Iqbal dan Dato Seri Vida semakin buat ramai tertanya-tanya sama ada adakah mereka jadi untuk mendirikan rumah tangga.

Dah diketahui bahawa hubungan antara mereka dilihat sedikit tegang gara-gara luahan anak-anak Dato Seri Vida yang nampaknya kurang bersetuju dengan perkahwinan antara Dato Seri Vida dan juga pemuda berumur 27 tahun itu.

Anak perempuan DS Vida iaitu Cik B memang amat lantang dan bertegas tak mahu mamanya bernikah dengan Iqbal, yang jauh muda berbanding usia DS Vida.

Cik B pernah berkata mamanya itu tak perlu dah untuk berkahwin lain, dan lebih baik tumpu dan beri fokus kepada kerjaya dan keluarga saja. Faktor usia juga memainkan peranan, kerana bagi Cik B usia Iqbal terlalu muda, bagai seorang abang saja.

Anak lelaki Dato Seri Vida iaitu Kacak atau nama sebenarnya Eric Zaquan, juga baru-baru ini ada memberi kenyataan. Kacak nafi dia ada menangis mahu meminta Iqbal untuk menjaga keluarganya.

Kacak juga ada bergurau bahawa dia mahu wang sekiranya Iqbal mahu bernikah dengan mama nya. Selain itu Kacak ada menyatakan bahawa hubungan antara dia dan Iqbal tidaklah baik mana dan hanya sebagai rfakan biasa saja.

Iqbal ada muatnaik paparan mesej whatsapp terbaru antara dirinya dengan Kacak yang ditulis dengan nama Eric.

Di situ, dengan jelas Kacak ada meminta maaf kepada Iqbal kerana telah mengguris hatinya.

Salam bang, saya minta maaf atas kesalahan saya. Memang tahu saya ada silap. Dah sakitykan hati abang. Harapnya abang maafkanlah saya.

Iqbal kemudian memberi respon balas, sememangnya dia kecewa dengan apa yang terjadi, seolah semua dah permainkannya.

Wasalam, kenapa Eric buat seperti ini kepada abang, kenapa kata-kata Eric tak sama dengan cara kita mesej. Eric uji abang kea tau nak buat prank.

Abang sentiasa memaafkan namun memang abang sedih sebab macam semua pun dah tikam diri abang.

Itulah antara komen dan kata-kata dari Iqbal kepada Kacak, anak lelaki Dato Seri Vida.