“Tunggu surat saman dari saya” Shuk nak saman wanita, mesej dan video didedahkan

6,398 views

Satu per satu isu melibatkan pelawak Shuk Sahar telah timbul. Umum pun tahu sebelum ini Shuk pernah terlibat dengan kes bermain kayu tiga.

Beberapa kali Shuk dah kantoi bermain kayu tiga dengan seorang wanita, dan hal ini didedahkan sendiri oleh isterinya Rossa Serra.

Kemudian baru-baru ini, Shuk kena lagi dengan netizen ekoran satu video temu bual bersama Fauzi Nawawi.

Dalam video itu, Shuk buat ramai tak puas hati, sebab dia bersungguh mahu Fauzi Nawawi bercerita dengan lebih terperinci tentang adegannya bersama Raja Farah, dan mahu membayangkannya.

Yang paling baru, ada seorang wanita bernama Ayu Aziz buat pendedahan bahawa dia dan adiknya pernah terganggu dengan komen serta kata-kata double meaning dari Shuk.

Hal berkenaan berlaku di satu temubual di konti radio sekitar tahun 2020.

“Semasa datang ke radio tahun lepas, memang ada Shuk, banyak kali dia try double meaning. Selalu saya tukar topik, taknak rasa macam tak dihormati.”

“Rasanya ramai yang kena, sama ada nak mengaku atau tak, sama ada sedar atau tak.”

Ayu Aziz kemudian ada muatnaik satu video ketika adiknya di konti. ketika ditanya umur, dan baru tahu umur 18 tahun, Shuk terus bercakap: “Pergh sedang elok, sedang elok.

Apa yang sedang eloknya.” Tanya Shuib yang ada di situ, bertanya semula apa yang Shuk maksudkan.

Sedang elok ni maksudnya, belajar nak hidup” Kata Shuk. Shuib kemudian berkata: “Kalau boleh jangan kenal dengan dia (merujuk pada Shuk).

Melihat status yang dikeluarkan oleh Ayu Aziz, Shuk kemudian terus mesej kepada wanita ini, dan meminta penjelasan. Kata Shuk, dia tak ingat dan tak ingat wanita berkenaan.

“Maaf saya ada terbaca awak kata saya pernah flirt double meaning dengan awak. Bila tu, kerana yang saya tahu sepanjang di radio saya tak pernah interview awak. Langsung tak kenal awak.”

Shuk dan wanita berkenaan ada berbalas komen dan kenyataan, dan Ayu berkata dia ada bukti.

Namun Shuk berkata dia tak teragak untuk menyaman wanita berkenaan.

“Takpelah, ketika keadaan sekarang ni, memang saya ni yang akan nampak teruk. Macam ini la kalau saya benda ini perkara yang tak benar tentang saya, saya akan guna cara undang-undang. Awak tunggu sajalah surat saman daripada saya.”

Itulah kes terkini yang terjadi kepada Shuk Sahar dan wanita bernama Ayu Aziz.