Kudis naik di kawasan mulut, Syafiq Farhain terkena virus Herpes

5,367 views

Penyanyi Syafiq Farhain mendedahkan dia kini sedang dalam rawatan kerana jangkitan Herpes Simplex Virus. Kudis atau ulcer dah naik di kawasan mulutnya dan ini telah sedikit sebanyak menjejaskan aktiviti sehariannya.

Syafiq yang juga anak kepada penyanyi lagenda, arwah Saleem, memberitahu bahawa penyakit berkenaan mula naik setelah dia terkena demam panas beberapa hari lepas.

Syafiq ada muat naik satu video menunjukkan ulcer yang dah mula naik di mulutnya dan berkata ianya amat pedih selian ubatnya yang mahal.

“Nampak biasa tapi sakit bosku, ubat pun mahal, boleh beli phone tau.” Kata Syafiq di Ig story nya.

Penyanyi berumur 27 tahun ini kemudian bercerita lebih lanjut tentang virus ini menerusi satu laporan dari portal Mstar.

“Jangkitan Herpes Simplex ini ada dua jenis, satu di kawasan bibir dan satu lagi tu di kawasan kelamin. Saya kena yang dikawasan bibir ini.”

“Sejak kebelakangan ni kudis ni kerap naik, sebulan sekali ada naik kat area bibir. Kalau ikutkan jarang orang kena penyakit ini dan doktor cakap virus ini dah ada dalam badan saya, dan akan aktif kalau imun rendah.”

“Dua hari yang lalu saya demam, malam tu suhu naik tinggi. Sejak semalam, dah mula rasa tak selesa di kawasan bibir, Ahad dah start bengkak di kawasan mulut.”

Syafiq berkata jangkitan ini dia dah kena semasa kecil lagi.

“Ketika waktu kecil dulu pernah kena. Dan yang sast time kena rabak sikit kat mulut ni, lebih kurang seminggu lebih baru baik. Doktor ada kata, virus ni naik dalam dua tahun sekali, tapi saya selalu juga kena.”

Memandangkan naik kudis di kawasan mulut, memang ianya membuatkan Syafiq sukar untuk menyanyi.

“Memang banyak yang terjejas, doktor kata kalau boleh jangan buat aktivti yang boleh buat badan kita rasa panas.”

“Mula akan ada rasa gatal dan kemudian susah nak bercakap. Nak makan pun susah apatah lagi nak menyanyi, sebab luka tu kering.”

“Saya kena jaga makan, rehat di rumah dan akan makan ubat makan termasuk ubat sapu.”

Ulcer di bahagian mulut kalau terkena virus ini semangnya akan pedih dan sakit. Semoga Syafiq Farhain akan cepat sembuh.