Janna Nick ikut langkah sepupunya, Adam Lee dan Sweet Qismina

6,878 views

Umum mengetahui pasangan pelakon Sweet Qismina dan Adam Lee baru saja selamat bertunang. Mereka memang benar-benar dah bertunang ye, bukannya satu lakonan atau babak dalam drama.

Setelah menjalin hubungan selama 3 tahun, akhirnya mereka melangkah ke satu fasa yang baru. Walaupun masih belum ada tarikh, namun ianya satu perkara yang baik untuk menghalalkan hubungan mereka.

Kini ada yang bertanya kepada sepupu Adam Lee iaitu pelakon terkenal Janna Nick.

Apabila ada yang tanya tentang hubungan Janna Nick dengan pelakon Dini Schatzmann, Janna berkata dia akan buat perkara yang sama seperti Adam Lee.

Kata Janna, dia akan mengambil langkah sama macam sepupunya itu iaitu hanya akan cerita tentang hal pertunangan di hari yang sama, atau pada hari yang sama ketika melangsungkan majlis.

Janna Nick hanya akan mendedahkan kisah mereka pada waktu yang difikirkan tepat. Ini komennya dari laporan Harian Metro.

“Adam Lee dan Sweet Qismina pilih untuk tak bercerita sangat ketika majlis pertunangan berlangsung. Oleh itu, saya pun akan buat perkata yang sama dan akan ambil pendekatan sama. Sampai masa pasti saya akan beritahu kepada semua orang.”

Jelas Janna lagi, dia dan Dini tak ada niat pun untuk melengah-lengahkan hubungan yang terjalin sebaliknya kenalah buat pelbagai persiapan untuk mnghalalkan hubungan mereka atau melangkah ke fasa yang seterusnya.

“Sesuatu perkahwinan itu amat memerlukan komitmen yang amat tinggi. Saya tak nak mengambil ianya jadi hal yang remeh. Banyak yang perlu saya kena siapkan, macam-macam hal.”

“Syukur alhamdulillah saya memang amat bahagia dengan Dini. Doakan yang baik-baik buat kami dan semoga segala urusan akan sentiasa dipermudahkan.”

Untuk yang tak tahu, Janna Nick dan Adam Lee merupakan sepupu dari sebelah bapanya, dan Janna sering memberi tunjuk ajar serta sokongan kepada Adam untuk meneruskan kerjaya sebagai pelakon. Dalam family, Adam memanggil Janna sebagai Angah.