“Tak sangka jadi isu” Mawar Fareeda akhirnya minta maaf

9,978 views

Bekas isteri kepada Fizo Omar iaitu ahli perniagaan, Mawar Karim, menjadi tumpuan setelah fotonya bersama Ashraf Muslim dimuatnaik olehnya. Malahan caption yang dituls oleh Mawar jadi bualan ramai.

Mawar telah mengatakan bahawa dia bukannya yang ketiga, merujuk kepada isteri kepada Ashraf Muslim.

Setaleh captionnya jadi tumpuan, Mawar Karim telah meminta maaf jika tindakannya muatnaik foto dengan Ashraf Muslim ada mengguris hati sesiapa.

Menyatakan hal sebenar, Mawar yang juga pemilik jenama tudung Fareeda memberitahu, gambar itu diambil ketika dia terserempah dengan Ashraf Muslim ketika berada di Jeddah.

Mereka terserempak secara tak sengaja di sebuah rumah teman mereka di sana.

“Kami berdua sebenarnya terserempak di rumah salah seorang teman kami di Jeddah. Masa itu, saya baru sampai, manakala Ashraf pun dah nak pulang.”

“Sejujurnya, saya tak ada niat apa-apa atau nak mengguris hati sesiapa. Kami ni pun bukan baru kenal, dah lama kenal.”

“Kebetulan kami terjumpa di tempat asing, oleh itu saya mengambil peluang lah untuk bergambar bersama dengannya.”

Jelas Mawar, dia sebenarnya memang letak caption sebegitu untuk elak salah faham.

“Untuk elakkan salah faham, saya sengaja buat caption yang tak serius iaitu saya tulis ana la thlatha. Ianya membawa maksud ‘saya bukan yang ketiga’. Namun begitu, tak sangka, hal ini jadi isu bagi netizen.”

Selain itu, pemergiannya mengerjakan umrah di saat Fizo Omar berkahwin juga mendapat perhatian. Ada yang kata dia patah hati. Mawar berkata dia ke sana atas urusan kerja sambil it uterus buat umrah.

“Ada yang kata saya patah hati dan bawa diri. Saya bukannya berhijrah terus, saya ke Mekah sebab kerja. Ini pun kali pertama saya tinggalkan anak, Wan Maryam Wan Hafizol untuk tempoh yag agak lama dan pergi seorang diri.”

“Sambil kerja ni saya pun ambil peluang untuk dekatkan diri dengan Yang Maha Esa, muhasabah diri.”

 Itulah kenyataan dari Mawar Karim, pemilik tudung Fareeda yang juga bekas isteri kepada Fizo Omar.