“Zizi Kirana merayu jangan saman dia” Datuk Rafiena

32,699 views

Kisah yang berlaku antara penerbit Datuk Rafiena dan selebriti Zizi Kirana membuatkan ramai berbelah pendapat. Masing-masing ada pandangan tersendiri tentang isu ini.

Namun, Rafiena ternyata berasa kesal dengan perbuatan Zizi Kirana itu, kerana merasakan artis berkenaan tidak bertanggungjawab.

Antaranya Rafiena menyatakan, Zizi dilihat lambat memberi jawapan sama ada dia mahu teruskan berlakon atau tidak selepas berhijrah.

“Dia jangan nak buat-buat lupa. Ketika mula bertudung dia ada beritahu pihak produksi dia setuju untuk buka tudung di lokasi penggambaran. Dan jika ada yang tanya dia akan cakap babak itu dilakonkan sebelum dia memakai tudung.”

“Lepas tu dia berubah hati dan nak fikir cara lain. Dia hanya biarkan saya macam tunggul sebab kenalah tunggu sampai berminggu-minggu untuk tahu keputusan rasmi dia.”

Rafiena menyatakan banyak cadangan yang diberi termasuk pakai rambut palsu, namun Zizi Kira melengah-lengahkannya, walhal, hal itu boleh selesai dengan cepat.

“Sebelum kahwin lagi pihak kami dah ajak berbincang dengannya untuk selesaikan hal ini. Saya hormat dia nak bertudung tetapi lepas banyak kali perbincangan, dia dah melengahkan penggambaran Jamu Nesan ini.”

“Zizi dan pihak pengurus jangan lupa, mereka setuju ikut jadual pihak produksi. Namun, semasa kerajaan dah benarkan aktiviti penggambaran, pihak Zizi ada ambil tawaran lain tanpa maklumkan kepada saya. Ini jejaskan jadual, termasuk masa pelakon lain. Dia langsung tak ada rasa kesian dengan pelakon-pelakon lain yang tunggu jawapan darinya.”

Tentang isu Zizi mahu jawapan dari mufti wilayah persekutuan, tentang hukum pakai rambut palsu, ianya boleh dimudahkan dengan panggilan telefon, namun Zizi memilih untuk buat temujanji di pejabat.

“Isu ini senang saja. Cakap saja tak nak buat atau nak buat dengan syarat pakai tudung. Ni tak, asyik dengan alasan dan mahu pandangan luar.”

Jelas Rafiena lagi, sepatutnya ini kerja sepasukan, dan apa yang dia buat itu, susahkan banyak pihak.

“Tak ada masalah dengan Zizi sebelum ni. Dia memang baik dan mahu jayakan watak sebaik mungkin, namun hal mula terjadi setelah dia pakai tudung dan tak mahu berlakon watak tak bertudung.”

“Zizi yang dilihat lengahkan masa dah susahkan pasukan produksi serta pelakon lain. Oleh itu, saya gugurkan namanya dang anti dengan Didie Astillah.”

“Saya taknak dengar alasan, hanya nak tahu pendiriannya. Kalau tak minat berlakon selepas pakai tudung, cakap saja lah. Hal ini boleh selesai sehari.”

Berkaitan hal saman, Zizi Kirana ada merayu kepada Rafiena agar tak menyamannya.

“Dia merayu agar saya tak teruskan saman. Memang pada awal perbincangan saya tak setuju dengan keputusan dia pakai tudung untuk bawa watak ketua mafia. Olwh itu, saya cakap dia kenalah tanggung semua kerugian yang dianggarkan ratusan ribu Ringgit atau saya akan teruskan dengan saman.”

“Akan tetapi, saya lembut hati, seba dia kata tak ada duit sebanyak itu. Masa tu saya fikri cara lagi, dan pihak stesen TV minta saya terus gugurkannya namun saya cuba bincang dulu.”

“Kena faham, saya tak boleh nak suka-suka untuk tukar jalan cerita sebab dah disetujui stesen TV. Siapa nak tanggung kerugian.”

Kata Rafiena lagi, Zizi janganlag cuba untuk pusing cerita sebab semua crew produksi dan pelakon pun dah tahu kisah sebenar.

“Semua lain yang terlibat sanggup tunggu dan tolak tawaran lain semata-mata untuk ikut jadual Zizi sebab mahu penggambaran ini dijayakan.”

Itulah yang dikatakan oleh penerbit ini melalui satu laporan Harian Metro. Sebelum ini, Datuk Rafiena mendakwa Zizi banyak kerenah bagi meneruskan penggambaran drama arahannya berjudul Jamu Nesan.

Jelas rafiena, Zizi Kirana dikatakan melanggar kontrak dan digugurkan kemudiannya Didi Astillah dipilih sebagai pengganti.