Foto baby bump Intan Ladyana “Dah minta kebenaran ke belum?”

4,938 views

Tak lama dulu, suami kepada Intan Liyana iaitu Harris Alif ada muatnaik satu ucapan dari ustaz Ebit Lew, yang mana ada memberi doa kepada Harris dan Intan.

Apa yang menariknya, dalam ucapan itu ada disebut tentang kandungan, yang mana Ebit mendoakan kandungan selamat dan bakal menjadi anak yang soleh solehah.

Kemudian ada juga video yang mana Intan Ladyana menutup bahagian perutnya dengan menggunakan bantal, seakan mahu menyorokkan baby bump nya.

Yang terbaru, ada satu video yang dimuatnaik oleh seorang juru solek menunjukkan baby bump Intan Ladyana.

Video berkenaan dimuatnaik oleh juru solek bernama Adekwan ketika membuat solekkan kepada pelakon itu.

Dari video itu, memang jelas kelihatan baby bump Intan Ladyana. Video berdurasi pendek selama tujuh saat itu sudahpun ditonton sebanyak 600 ribu views, sehingga kini. Dapat dilihat lebih 20 ribu tanda like diberikan oleh netizen yang rata-rata teruja pertama kali melihat baby bump Intan.

Di ruangan komen, pelbagai tulis yang ditinggalkan, antaranya memuji Intan Ladyana. Ada juga yang bertanya adakah wajar juru solek itu muatnaik video berkenaan, namun Adekwan berkata dia sudahpun mendapatkan kebenaran dari Intan untuk merekod video.

Dia dah umum ke, tak marah ke tuan punya badan awak expose dulu.” Tanya seorang netizen.

Ini jawapan dari Dekwan: “Sebelum rekod saya dah minta izin dulu. Dia pun ada jalani penggambaran ketika hamil, do not worry okey.

Ada juga yang mengatakan, mungkin itu prop untuk lakonan sebagai ibu mengandung. Sekali lagi Adekwan mengesakan, Intan Ladyana memang sedang hamil, bukannya lakonan. Ini antara komen yang ditulis netizen.

Sebagai info, Intan Ladyana dan Harris Alif berkahwin pada tarikh 5 Februari 2021. Hubungan mereka menjadi perhatian ramai kerana jarak usia yang agak jauh iaitu sebanyak 17 tahun. Harris kini berumur 22 tahun manakal isterinya itu berumur 39 tahun.

Sehingga kini Intan Ladyana dan Harris Alif mengambil pendekatan untuk tidak berbicara tentang berita kehamilan ini.