Ramai betul request baby, ini jawapan Caprice dan isteri

1,818 views

Pasangan baru berkahwin iaitu Caprice dan Farra Inalis kini sering jadi tumpuan di media sosial.

Selain nama Caprice yang kembali mencanak naik, nama isterinya iaitu Farra Inalis dan anaknya Aleesya Sofea turut mendapat perhatian.

Kedua mereka amat aktif di laman media sosial, dan peminat selalu memberi komen kepada pasangan ini.

Menerusi satu perkongsian, pasangan ini akui seringkali ditanya bilakah agaknya Caprice dan isteri mahu dapat anak baru.

Caprice berkata dia hanya menyerahkan hal berkenaan kepada isterinya, Farra Inalis yang lebih mesra dipanggil Elis.

Ini antara soalan paling banyak yang saya dapat dan kalau nak tahu, tanyalah pada Elis.” Itu komen dari Caprice.

Kemudian isteri Caprice itu ada menjawab: “Mungkin satu tahun atau dua tahun lagi.” Itulah jawapan dari Elis tentang perancangan baby baru mereka.

Dari satu video pula, Elis ada muatnaik satu IG story yang mana sekali lagi ada yang tanya tentang anak.

Ramai betul yang request tentang anak, ada orang request baby ni.” Kata Elin kepada Caprice.

Ada orang request baby, okey lets go, lets go make one now.” Usik Caprice.

Dapat dilihat memang ramai yang mahu melihat Caprice terus bahagia bersama keluarga barunya, dan sudah tentu jika ada baby baru, family mereka akan bertambah meriah.

Namun, buat masa sekarnag Caprice dan isteri dikatakan sedang fokus untuk bina dan bangkit semula empayar perniagaan Caprice. Sebelum ini, penyanyi ini akui perniagaan yang dijalankan olehnya, agak merudum selepas pulang dari Amman Jordan. Ini termasuklah perniagaan minyak wangi miliknya iaitu Rindu Raudhah.

Kita doakan agar Caprice dan Farra Inalis terus sukses dalam semua perkara yang dilakukannya serta akan sentiasa bahagia.