“You jangan nangis, ampunkan I..” Ini perbualan terakhir Shuib dan Siti Sarah

6,970 views

You jangan menangis, daddy jangan sedih ye. Ampunkan dosa-dosa saya tau. Love you.” Itu ungkapan terakhir yang keluar dari mulut Siti Sarah sebelum ditidurkan beberapa bulan lalu.

Satu rakaman perbualan terakhir Siti Sarah dan Shuib telah dimuatnaik oleh Shuib di channel miliknya petang tadi.

Rakaman itu memperdengarkan kata-kata Shuib yang meminta agar Siti Sarah kuatkan diri dan cekalkan hati untuk ditidurkan.

Ibu (Siti Sarah), ini satu step ni je you kena lepaskan (ditidurkan). You minta dengan Allah agar kuatkan semangat you, InsyaAllah lepas ni kita akan dapat tengok baby kita. Ibu, sumpah saya sayang sangat dengan kamu.” itulah kata-kata dari Shuib.

Siti Sarah kemudian menjalani pembedahan untuk melahirkan baby Ayash Affan namun akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada pukul pagi hari Isnin, 9 Ogos di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Perbualan itu diselitkan dalam satu muzik video lagu nyanyian Siti Sarah berjudul Tinggalkan Diriku.

Kata Shuib, lagu Tinggalkan Diriku itu dirakam ketika Siti Sarah rehearsal di satu pertunjukkan di Studio Matic, Kuala Lumpur tiga tahun lepas.

Ini muzik video yang dimuatnaikoleh Shuib. Rakam perbualan pada minit ke-5.

Perbualan terakhir pada minit ke lima

“Lebih kurang enam hari lepas pemergian isteri, saya ada dengar rakaman lagu Tinggalkan Diriku yang dirakam semasa satu sesi latihan persembahan dia pada tahun 2018.”

“Dan dalam video muzik lagu ini, saya juga ada selitkan perbualan terakhir saya bersama Siti Sarah ketika itu saya beru kata-kata semangat dan memujuk arwah untuk ditidurkan.”

“Ianya satu detik paling sukar dalam hidup saya sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak. Perbualan itu tanda pengorbanan terbesar seorang ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan anak.”

Shuib menambah, semasa dia mendengar lagu berkenaan ianya bagaikan Sarah sudah tahu mahu pergi buat selamanya.

“Rasa satu, sebak, hiba semua ada semasa dengarkan lagu ini. Cara penyampaian Siti Sarah begitu berbeza dan istimewa sekali. Nampak bagaikan dia ni dah tahu apa yang bakal terjadi nanti. Bait-bait lirik yang cukup indah dan saya dapat rasainya.”

Lagu berjudul Tinggalkan Diriku ini merupakan ciptaan composer Aidit Alfian pada tahun 2002.