Dai Syed warna rambut kerana nak jadi lebih yakin

3,346 views

Penyanyi dan pendakwah muda iaitu Dai Syed atau nama sebenarnya Syed Iqmal kini tampil dengan imej yang lebih ranggi iaitu dengan rambut berwarna coklat atau keperangan.

Maka ramai juga netizen tertanya mengapa Dai Syed tampil sedemikian dan adakah ianya dibolehkan dalam agama.

Pemuda berumur 26 tahun ini tampil memberi kenyataan dan sebab kepada dia warnakan rambutnya.

Kata Dai Syed, dia mewarnakan rambutnya disebabkan mahu menjadi seorang yang lebih yakin bila berada di khalayak ramai.

Jelasnya, dia hanya gunakan inai saja, oleh itu patutnya tak menjadi sebarang isu. Ini komennya kepada Utusan.

“Tak ada salahnya pun kerana saya warna rambut pakai inai, bukan guna produk yang menghalang air atau yang menyukarkan saya untuk berwuduk atau mandi wajib.”

“Saya mewarnakan rambut guna inai saja. Sebenarnya, saya mula warna rambut setelah dilanda maslaah sejak tahun lepas. Ketika itu saya jadi seorang yang tak ada keyakinan diri untuk berdepan dengan orang.”

“Kemudian, apabila saya perangkan rambut ini, ubah imej dan penampilan saya, maka mulalah bertambah keyakinan.”

Dalam pada itu, Dai Syed juag berkat adia mungkin akan menukar imej lain jika rasa perlu atau mengikut keadaa.

“Contohnya, maybe saya akan potong rambut pendek kalau saya bertemu jodoh, mana tahu kan.”

Bila ditanya bila mahu akhiri zaman bujang, Dai Syed mengatakan dia kini nak fokus kepada family dia saja.

“Ramai ada tanya saya bila nak kahwin. Tak mengapalah, saya nak fokus pada family saya dulu. Bukan klise, tapi saya memang akan kahwin nanti juga.”

Itulah komen dari Dai Syed ketika ditanya tentang warna rambutnya itu, sememangnya rata-rata netizen kurang gemar melihatnya mewarna rambut sedemikian kerana tak sesuai dengan imej sebagai seorang pendakwah.