Pasangan selebriti, penyampai radio, Fizi Ali dan pelakon Shakilla Khoriri, kini sudah mengesahkan perpisahan mereka.
Setelah berpisah, mereka kini hanya mahu fokus kepada anak sulung mereka yang baru berumur 2 tahun.
Mereka berdua berjanji bahawa anak akan jadi keutamaan, dan akan bersama-sama menjaga anak kecil itu dengan penuh kasih sayang.
Sebenarnya, perpisahan mereka berdua ini telah mengejutkan ramai pihak, apatah lagi sebelum ini, dapat dilihat bahawa mereka berdua serasi bersama dan kelihatan bahagia saja.
Setelah perpisahan mereka diumumkan, ada pihak yang mengorek cerita lama, yang mana ada mengatakan Fiz Ali ini jenis yang tak tolong isteri buat kerja di rumah.
Kerana sikap lepas tangan dalam urusan rumah tangga itu, ianya dikatakan antara punca perpisahan mereka. Ini dakwaan netizen itu.
Menerus satu temubual, Fizi Ali memberi respon tentang dakwaan dari netizen itu.
“Saya ada baca komen begitu. Kalau nak kata, saya ni habis kerja awal, pukul 11 atau 12 tengah hari. Habis kerja terus pulang rumah, fokus family. Saya balik rumah, tak kan saya hanya mengangkang saja kat rumah.”
“Maksudnya, saya nak katakan, kepada orang yang tidak mengetahui apa yang terjadi di rumah tangga kami, tidak perlulah nak cetuskan spekulasi yang bukan-bukan.”
“Dia kata Killa yang buat semuanya, dia tahu ke semua benda, dia netul tahu ke. Takkan saya nak basuh spender pun saya nak kena tunjuk dekat Instagram. Takkan saya nak cuci, tukar pampers anak pun saya nak tayang.”
“Cuba fikir logic, kalau Killa pasang tirai contohnya, siapa yang jaga anak masa tu. Takkan anak tu berkeliaran sorang-sorang, mestilah saya jaga anak.”
“Bila Killa tengah busy buat tu semua, siapa yang uruskan rumah lain, siapa yang sediakan makanan. Sebenarnya kita dah saling bekerjasama dalam hal ini. Tolong menolong ni, tanggungjawab memang tak ada masalah.”
“Cukup menulis yang bukan-bukan. Apabila awak cakap macam tu, kata saya tak tolong apa-apa, awak agak melampau.”
Fizi Ali dan Shakilla Khoriri berkahwin pada 18 Februari 2018 dan mempunyai anak perempuan bernama Ameena Sofia, dua tahun.