Sang Bara, Sharnaaz persoal kumpulan Bahye dapat nombor empat, “Patut atas lagi”

5,998 views

Edisi Maharaja Lawak Mega tahun 2021 ini memang ada kelainan sedikit apabila wujudnya Sang Bara sebagai salah seorang juri.

Ternyata Sang Bara ini juri paling tegas dan jarang memberi Ha, namun ternyata dialah antara juri yang paling jujur dan hanya memberi Ha kepada pelawak yang layak saja.

Semalam di pentas akhir, akhirnya terjawab bahawa Sang Bara ialah pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad.

Sharnaaz akhirnya muncul secara live di sebalik mascot naga Sang Bara dan duduk di kerusi kelima juri.

Selepas berakhirnya final dan keputusan di akui, Sharnaaz ada memberitahu bahawa kumpulan Bahye agak rendah kedudukan dan sepatutnya lebih tinggi, apatah lagi lawak muzikal di final berjaya memikat hati penonton dan juri.

Kumpulan Bahye terdiri dari Nizam, Zahid dan juga Shashic. Ini komen Sharnaaz.

“Saya tak suka dan setuju bahawa kumpulan Bahye dapat nombor empat. Mereka patut berada kat atas lagi. Mereka ada memberikan peningkatan. Ada inovasi setiap lawak mereka. Di final mereka pn bertukar. Kalau tengok, persembahan pusingan kedua dari kumpulan Bahye amat bagus, ketika segmen muzikal. Tak tahu kenapa ia terlambat.”

Sharnaaz akui, kini pertandingan Maharaja Lawak Mega amat rendah kualiti lawaknya berbanding edisi lalu.

“Saya dah ikuti rancangan ini hampir setiap tahun. Sebelum ini memang okay. Tapi agak sedih sebabnya tahun ini saya boleh cakap, memang musim yang low dari setiap peserta. Entah kenapa saya pun tak tahu. Jika skala 10, saya hanya bagi 5 lebih point saja.”

Berkata tentang pemilihannya sebagai Sang Bara, Sharnaaz akui mungkin dia dipilih sebab karaktor dirinya yang suka komen secara jujur.

“Saya terima offer sebagai Sang Bara sebab sebelum ini pun saya memang ada buat komen-komen kepada peserta pelawak pada tahun 2016, ianya secara online di Twitter. Cuma tahun ini saya dibelakang Sang Bara pula.”

“Mengapa mereka pilih saya, mungkin sebab saya jenis cakap lepas. Namun begitu saya bukan main cakap saja, saya ada beri komen membina ada input.”

Sebelum ini, ramai penonton setuju dengan Sang Bara kerana memberi komen yang jujur kepada peserta, kalau tak lawak, kata saja tak lawak. Walaupun begitu, ada sesetengah peminat kepada peserta berkata ianya terlalu jujur, tetapi itulah realitinya.