Sebelum ini, Datuk Seri Vida ada menyatakan dia melihat Shuib sebagai jejak ayang mempunyai ciri-ciri lelaki idaman. Malah Vida juga terima saja jika diberi peluang untuk berkenalan lebih lagi dengan Shuib.
Namun begitu, menerusi satu kenyataan lain, Shuib ada mengatakan Vida dan dirinya tidak serasi. Bagi Shuib dia lebih senang untuk berurusan dengan Vida dalam soal perniagaan saja.
Melihat Shuib berkata sedemikian, Datuk Seri Vida berkata dia okey saja dan akan move on dari isu berkenaan.
“Tak apa, kita move on sajalah. Jika Shuib dah tak nak, dah sah-sah lah, saya pun tak nak juga.”
“Apapun, saya tetap akan mendoakan yang terbaik buat Shuib dan keluarganya. Harap Shuib akan bertemu pengganti yang sesuai untuk mengisi kekosongan isteri dan paling penting, ibu untuk anak-anaknya.”
Walaupun bagaikan telah ditolak oleh Shuib, bagi Datuk Seri Vida, ianya tidak sekalipun menjejaskan persahabatan mereka berdua.
“Saya dan Shuib memang tak ada apa apapun masalah. Dia merupakan usahawan yang berjaya, begitu juga dengan saya, sama-sama cari rezeki dalam dunia perniagaan.”
“Taknak lah hanya kerana isu ini, hubungan kami sebagai kawan jadi keruh. Saya memang kenal benar Shuib, dan juga arwah isterinya, Siti Sarah.”
“Saya hormati komen dan keputusan Shuib. Saya pun akan tetap teruskan kehidupan macam biasa. Banyak perkara yang saya dapat buat serta kecapi walau tiada lelaki bernama suami.”
Datuk Seri Vida memberi pesan bahawa semenangnya anak-anak amat memerlukan kasih sayang ibu.
“Cuma pesan saya, anak-anak ini memang amat memerlukan kasih sayang dari insan bernama ibu dan saya percaya, anak-anak Shuib juga memerlukannya.”
Datuk Seri Vida sebelum ini rapat dengan arwah Siti Sarah dan Shuib kerana bersama-sama berganding dalam satu perniagaan makanan.