“Mikael” nama muslim suami Sharifah Sakinah

3,440 views

Pelakon popular Sharifah Sakinah, 32 tahun, kini sudah pun mendedahkan bahawa dirinya sudah berkahwin dengan warga Sweden iaitu Michael Hansen, 43 tahun.

Pengumuman dibuat setelah pelakon ini sering diajukan soalan tentang status dirinya dan juga Michael Hansen.

Kemudian ada pula yang bertanya tentang status agama suami kepada Sharifah Sakinah itu.

Akhirnya kerana begitu banyak yang bertanya dan mempersoalkan, Sharifah Sakinah telah muatnaik foto kad identity menunjukkan Michael Hansen kini memang beragama Islam.

Untuk info, kad identity itu dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor merupakan kad perakuan bahawa Michael kini beragama Islam.

Malah terpapar juga nama yang telah dipilih sebagai namanya sebagai muslim iaitu Mikael Hansen.

Jelas Sharifah Sakinah, ada sebab mengapa dia tak bercerita tentang perkahwinannya dengan Michael Hansen.

Antara punca utama ialah tak mahu membuat keluarga mertuanya terutama ibu kepada Michael Hansen terkejut dengan hal berkenaan.

“Kami tak tunjuk semua bukti kerana tidak mahu buat family mertua saya jadi haru biru. Cuba bayangkan, jika anak kamu secara tiba-tiba menukar agama, mahunya mak awak akan melentingkan.”

“Siapa yang sibuk nak bukti tu, terima kasih kerana buat keadaan haru biru. Saya dah jelaskan, tak perlu lagi ada sangka yang tak baik.  Kami tak tunjuk semuanya kerana mahu menjaga hati family di sebelah sana.”

Ini foto kad perakuan yang menunjukkan agam Michael Hanse serta nama muslimnya iaitu Mikael Hansen

Kini sudah terang lagu bersuluh dan semua persoalan telah pun terjawab. Sharifah Sakinah merupakan isteri yang sah kepada Michael Hansen atau nama muslimnya iaitu Mikael Hansen. Sama-sama kita doakan agar pasangan ini terus bahagia. Selamat pengantin baru diucapkan.