Talita peluk siapa tu, ramai syak itu wanita yang sedang berkenalan dengan Shuib

4,685 views

Semua pun tahu tentang kisah Shuib dan Siti Sarah, memang sayu bila teringat semula.

Kini semua mata terarah kepada anak-anak Shuib, mahu lihat perkembangan empat orang anaknya tanpa ibu di sisi.

Selain itu, ramai juga mahu melihat bagaimana kehidupan Shui selepas ketiadaan isteri tersayang yang selalu setia berada di sisinya.

Menerusi satu video di laman IG Siti Sarah Raisuddin, ada kelihatan anak perempuan Shuib dan allahyarham Siti Sarah iaitu Dzahira Talita Zahra sedang asyik memeluk seorang wanita.

Wajah wanita itu telah ditutup rapi, dan hanya nampak sipi-sipi saja. Video ini mengundang persoalan tentang siapakah wanita di sisi Talita itu.

Dilihat kembali, Talita memeluk erat wanita berkenaan dengan riak wajah yang gembira. Memang kelihatan amat mesar sekali.

Di caption tertulis ayat ini: “Aunty kesayangan teman Dekta buat kerja. Jika tiada aunty ni, memang tak nak buat kerja. Haih, nasib baiklah aunty ni tak busy dan rajin melayan  Dekta.

Dengan tertulisnya ayat aunty kesayangan itu, ada netizen yang menulis mengatakan ini mungkin wanita yang sedang mengenali hati budi Shuib.

Sebelum ini memang Shuib kata dia ada berkenalan dengan seseorang, namun semuanya masih lagi baru.

Selain itu, ada juga beberapa netizen yang menulis bahawa hawaj wanita itu seakan beberapa individu dan bukanlah wanita yang sedang berkenalan dengan Shuib.

Antara nama yang kena petik ialah Anzalna, yang merupakan duta tudung, Sharifah Rose serta Wan Sharmila.

“Macam Wan Sharmila, bulu mata pun macam dia, lentik, adakah itu kamu Wan Sharmila.” Tulis beberapa netizen di ruangan komen.

Sehingga kini Shuib tak ada memberi sebarang ulasan lanjut tentang video ini.

Untuk info, Shuib dan Sarah berkahwin pada 26 Februari 2011 dan mempunyai empat orang anak iaitu Uwais, 11 tahun, Talita, 9 tahun, Ariq Matin 6 tahun dan bongsu Ayash Affan yang kini masuk 6 bulan.