“Saya dengan ikhlas, minta maaf” Puteri Balqis minta maaf kepada Mia Sara

18,994 views

Kemelut antara Puteri Balqis dan Mia Sara diketahui umum. Ini apabila kenyataan Mia Sara mengatakan kurangnya didikan diterima oleh Puteri Balqis membuatkan Puteri Balqis tersinggung.

Namun Mia Sara kemudian telah meluahkan rasa hatinya dengan mengatakan ada pihak yang putarkan segala ayatnya.

Pagi ini, Puteri Balqis pula muatnaik satu video dan memberi ucapan serta permohonan maaf, dengan ikhlas hati kepada Mia Sara.

Ini komennya yang meminta maaf kepada Mia Sara.

“Dengan penuh Ikhlas dari hati, saya mahu meminta maaf kepada Mia Sara, uncle Ridhuan iaitu bapa kepada Mia serta kepada para peminat dan juga fans awak semua.”

Dalam pada itu, Puteri Balqis juga berharap Mia Sara juga tak akan ulangi lagi perbuatan serta percakapannya itu.

“Tolonglah jangan lagi ulangi apa yang awak dah lakukan pada saya ini dan saya berharap kita akan dapat meneruskan kehidupan masing-masing selepas. Terima kasih.”

Menerangkan apa yang berlaku, Puteri Balqis berkata apa yang Mia Sara ungkapkan tentang dia tak dapat didikan itu, adalah satu kata-kata yang tak benar, oleh itu dia terasa hati.

“Kami hanya buat hal sendiri dan tidak ada pun mengacau orang lain. Tapi apa yang diperkatakan bahawa saya tidak terima didikan dari kecil itu adalah satu ayat yang tak benar. Sebab itu saya terasa.”

Puteri Balqis kemudian berterima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepadanya dan sekali lagi menegaskan tak perlulah nak ada salah sangka kepada orang lain.

“Terima kasih di atas kata-kata semangat dan sokongan untuk saya, bira orang buat kita, tak ada apa yang nak kena dibuktikan, teruskan buat baik saja.”

Itulah komen terbaru dari Puteri Balqis yang tak mahu lagi hal ini dipanjangkan. Puteri Balqis dah pun minta maaf kepada Mia Sara.