Ahmad Iqbal terima tawaran berlakon, bersama Zul Ariffin dan Mimi Lana

5,342 views

Nampaknya rezeki semakin mencurah-curah buat ahli perniagaan terkenal iaitu Ahmad Iqbal. Selain bergelar penyanyi di pentas Big Stage, nama Iqbal sebagai artis semakin kukuh apabila menerima tawaran berlakon dari produser dan pengarah hebat tanah air.

Offer berkenaan diceritakan sendiri oleh Ahmad Iqbal dan individu yang membuat tawaran berlakon kepadanya ialah Erma Fatima.

Bukan calang-calang yang offer Iqbal berlakon ni, Erma Fatima merupakan sat nama besar dalam industry lakonan di Malaysia.

“Yang paling latest, saya dapat tawaran untuk berlakon. Offer itu datang dari kak Erma Fatima. naskah itu turut dijayakan oleh Zul Ariffin dan juga Mimi Lana, serta ada beberapa pelakon terkenal yang lain.”

“Dalam cerita ini, saya memegang watak yang besar juga. Dah dapat tawaran, jadi saya akan cuba sajalah.”

Ditanya adakah dia watak utama, Iqbal berkata bukan sebagai hero.

“Tak boleh lah jadi hero, tak tahulah Iqbal ni boleh tak jadi hero. Saya rasa saya ni belum layak nak jadi hero lagi.”

“Untuk berlakon ni satu bidang yang lain, tapi yang penting kita senang untuk bekerjasama dengan orang-orang berpengalaman yang terlibat dalam projek itu. Yang penting juga kita seronok, baru dapat beri yang terbaik.”

Ditanya apa pandangan akan berada bersama pelakon popular seperti Zul Ariffin dan Mimi Lana, ini reaksinya.

“Takut gugup pastilah ada kan, boleh kata ini pertama kali untuk saya berlakon. Tapi saya boleh wujud keserasian sebab mereka yang wujudkan chemistry.”

“Mereka ajak mari belajar sama-sama, dan berkawan. Kita pun dah meeting semua. Saya salute pada mereka walaupun mereka nama yang besar tapi tetap ajak saya dan sangat professional.”

“Semua amat sopan dan berhemah. Saya kagum dengan orang yang hormati orang yang baru.”

Kata Iqbal, dia tak akan lepaskan peluang yang datang dan akan menerima tawaran untuk berkerja.

Ahmad Iqbal juga berkata dia tidak ada terlibat dalam sebarang tajaan.

“Ada kata ambillah aku berlakon saya akan jadi penaja, saya bukan macam tu. Kak Erma yang cari dan hubungi saya, bukan saya cari kak Erma.”