“Saya sendiri tak mahu diuji macam ni” Bekas isteri Dai Farhan, Dr Erin buka tudung

13,401 views

Mungkin ramai yang masih ingat lagi tentang kisah perkahwinan antara Dai Farhan dan Dr Erin. Ketika itu kisah mereka menjadi trending kerana ayat yang digunakan iaitu aura ke 19.

Hubungan mereka berdua tidak berkekalan dan Dai Farhan serta Dr Erin telah pun berpisah. Mereka berdua berpisah pada bulan April tahun 2020.

Semalam nama Dr Erin kembali jadi bualan ramai. Ini gara-gara beberapa foto dirinya yang menunjukkan Dr Erin sudah tidak lagi memakai tudung.

Dr Erin memuatnaik gambar terkini dirinya yang ketika ini sedang bercuti di Tawau, Sabah.

Sudah tentu gambar berkenaan telah mendapat perhatian followernya di laman IG yang mana Dr Erin mempunyai seramai 150 ribu pengikut.

Antara komen yang ditulis ialah bertanya mengapa sudah tidak lagi menutup aurat. Ada juga yang mahu kepastian adakah Dr Erin memang sudah seratus peratus membuka tudung.

Menjawab komen-komen dari para pengikutnya, Dr Erin menyatakan bahawa walaupun dia sudah tidak bertudung, dia masih lagi menjalan tanggungjawab sebagai seorang muslimah. Dr Erin masih lagi mendirikan solat iaitu tiang agama.

“Akak bukan 24 jam free hair, selagi akak tak tinggal solat yang wajib dan juga sunat, akak tak lari jauh dari landasan. Selagi masih lagi di landasan rukun Islam dan rukun Iman.”

Selain itu, Dr Erin juga akui dirinya kini sedang diuji.

“Masing-masing pun ada kena ujiannya. Syukur awak tak kena ujian macam saya ni. Biarkan saja dulu, doa dalam diam adalah lebih baik.”

“Saya sendiri pun tak mahu diuji macam ni, buat benda baik pun orang mengata, buat benda yang tak baik pun orang mengata juga.”

Itu antara komen dari Dr Erin. Ini komen-komen darinya.

Apapun kita hanya boleh berdoa agar Dr Erin kembali menutup aurat selepas ini.