Pada tarikh 22 Februari tahun ini iaitu 22/2/22, seramai tiga selebriti menerima kehadiran ahli keluarga yang baru.
Kesemua selebriti ini menerima cahaya mata atau baby baru pada hari ini, di tarikh yang cukup cantik ini.
Tiga selebriti berkenaan ialah Datuk Jamal Abdillah, Kaka Azraff dan juga pasangan penyanyi Syamel dan juga Ernie Zakri.
Kaka Azraff selamat melahirkan anak keduanya, seorang baby boy di awal pagi, pada jam 12, 5 minit pagi. Pengumuman di buat di laman Twitter miliknya.
Penyanyi yang pernah memenangi Juara Lagu ini mengatakan, dia amat bersyukur bergelar ibu kepada dua orang anak dan berterima kasih kepada suami tersayang, Adam Azriff.
Sementara itu, pasangan penyanyi, Syamel dan Ernie Zakri pula selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada jam 10 pagi tadi.
“Cinta hati daddy dan ibu telah selamat dilahirkan pada 22/2/2022 pada jam 10 empat belas minit pagi tadi. Doakan kesiatan kami berdua.” Itu kenyataan awal dari Syamel dan juga Ernie.
Kemudian penyanyi legenda tanah air, iaitu Datuk Jamal Abdillah amat gembira setelah isteri Datin Zai Izzati selamt melahirkan baby mereka pada hari ini.
Zai Izzati melahirkan anak ketiganya di Avisenna yang terletak di Shah Alam.
Datuk Jamal Abdillah mendedahkan, walaupun sudah mempunyai ramai anak, dirinya memang amat gemuruh sehingga tersalah azan baby barunya itu.
Menerusi satu post oleh anak sulung Jamal Abdillah, adik bongsu nya itu diberi nama Iskandar Rayyan Yamani.
Tahniah diucapkan kepada kesemua selebriti yang dah menimang cahaya mata masing-masing, selamat berpantang buat semau ibu-ibu yang baru saja bersalin, semoga segala urusan kalian semua iaitu kaka Azraff dan suami, Datuk Jamal dan Datin Zai Izzati serta Syamel dan Ernie Zakri sentiasa akan dipermudahkan.