“Lainnya Sherry, cantik” Penampilan Sherry Al Hadad di majlis nikah Zulin dipuji

6,534 views

Pelakon dan pengacara Zulin Selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya Farhan Norzaini. Memang ramai yang hadir ke majlis pernikahan dan juga majlis perkahwinan pasangan ini.

Dan ini termasuklah beberapa rakan artis Zulin Aziz yang turut hadir untuk meraikan hari istimewa Zulin Aziz.

Antara yang turut kelihatan hadir ialah pengacara terkenal iaitu Sherry Al Hadad.

Kehadiran Sherry di majlis berkenaan ternyata telah membuka mata ramai pihak kerana melihat penampilan Sherry yang lain dari yang lain.

Ada dua point yang dinyatakan oleh warganet di luar sana setelah melihat Sherry, iaitu penampilannya yang semakin slim dan yang kedua, penampilannya yang mengenakan tudung.

Rata-rata memuji kecantikan serta penampilan baru Sheery Al Hadad ini.

Ada tiga keping foto di upload sendiri oleh Sherry ketika bergambar dengan pasangan pengantin baru. Ini captionnya.

“Syukur alhamdulilah, kini adik saya ni iaitu Zulin Aziz telah selamat bergelar isteri. Semoga perkahwinan ini akan sentiasa kekal sampai ke jannah dan akan dikurniakan zuriat yang soleh dan juga solehah. Doakan jodoh saya pula lepas ini ye. Saya sayang kamu Zulin Aziz, tahniah diucapkan buat Zulin dan suaminya Farhan.”

Zulin Aziz kemudian ada reply ini: “Love you more kakak. Lepas ni turn kak Sherry pulak. Bagitahu awal-awal ye. Sya nak tempah baju.

Di lihat diruangan komen, memang ramai yang suka dan memuji penampilan Sheery Al Hadad ini. Antaranya yang emmuji ialah rakan artis iaitu pelakon Catriona Ross.

Catriona Ross menulis: “Congratulations Zulin Aziz. Manisnya kamu ni Sherry Al Hadad.”

Ini pula komen-koemn lain dari beberapa warganet tentang penampilan Sherry.

Nisasarah mengatakan: “Masyaallah cantiknya Sherry pakai macam ni. Memang serius lawa. Amin semoga selepas ni akan jadi turn Sherry pula, bertukar status sebagai isteri. Semoga dipertemukan jodoh suami yang soleh.”

Norhidayubuang: “Ya tuhan, Sherry ni dah slimnya, memang lawa canteknya.”

Memang ramai yang mengatakan Sherry amat cantik mengenakan tudung dan ramai juga mendoakan agar Sherry Al Hadad akan naik pelamin pula selepas ini.