“Baik guna duit RM30k tu buat benda lebih berfaedah”- Kata netizen.. Ini respon Ashira

2,141 views

Penyanyi Ashira gembira apabila namanya disahkan sebagai salah seorang peserta yang bakal mewakili negara dalam satu pertandingan nyanyian antarabangsa, World Championship of Performing Arts (WCOPA) yang berlangsung di USA.

Namun semuanya agak kabur setelah penyanyi ini memerlukan dana sebanyak RM30ribu untuk menampung perbelanjaan dan segala persiapannya ketika berada di negara berkenaan.

Malah Ashira turut suram setelah ramai yang mula mempersoalkan keperluan dana RM30 ribu itu hanya untuk sertai pertandingan nyanyian di USA.

Ada yang kata lebih baik guna wang itu untuk perkara yang laib yang lebih baik dan lebih berfaedah.

“Wang sebanyak itu lebih baik guna untuk diri sendiri dan sara keluarga. Perlu pilih yang mana utama.”

“Kalau tak menang nanti dapat apa saja. Tak payahlah, RM30 ribu tu macam-macam boleh buat.”

“Baik bagi orang yang lebih memerlukan, contoh kepada baby yang memerlukan kos bantuan pembedahan.”

Itu antara respon dari para netizen di luar sana tentang dana untuk Ashira.

Hal ini membuatkan Ashira agak terkilan dan akhirnya tampil menjelaskan hal sebenar. Jelasnya, bukanlah dia meminta sumbangan dari orang ramai untuk dana itu, sebaliknya meminta dana dari persatuan atau badan korporat yang mahu menjadi penaja buat dirinya.

“Memang orang di luar sana mudah salah sangka dan buat cerita tanpa mengetahui hal yang sebenar.”

“Takkanlah saya nak mohon sumbangan atau duit daripada orang ramai. Saya dan juga beberapa wakil Malaysia hanya memohon dana daripada beberapa pihak seperti persatuan dan badan tertentu saja.”

“Dana tu bukannya nak shopping, tetapi untuk bayaran serta pembiayaan WCOPA, flight ticket dan juga penginapan.”

Ashira juga sayu kerana ada pula yang becerita tentang kisah rumah tangganya dan juga kesempitan hidupnya.

“Saya ada baca komen yang turut menyentuh tentang kisah rumah tangga saya. Memang pedih rasanya. Mereka semua tak rasa apa yang saya lalui. Hal rumah tangga dan kisah peribadi biar saya saja yang simpan sendiri.”

Jelas Ashira jika tak ada dana yang cukup, dia reda untuk tidak ke pertandingan berkenaan.

“Kalau tak ada rezeki dan tak ada dana, saya reda tak dapat ke sana.”

Selain Ashira, peserta lain yang mewakili Malaysia ialah Pija, Thalia dan Erul Samah.