“Mahu tindakan undang-undang diambil” Ras Adiba Radzi ulas isu Kak Long

12,617 views

Sila hormati OKU. Sila menjaga adab anda. Kami tak suka dipersendakan. Saya akan tentang mereka yang persendakan komuniti OKU. Minta berhati-hati, usahlah nak mengajuk kami, sebab kifarah itu benar.” Itu antara komen Datuk Ras Adiba Radzi.

Nampaknya isu Kak Long nampaknya kini mendapat perhatian dari komuniti mereka yang kurang upaya.

Kali ini sikap Kak Long akhirnya mendapat perhatian dari Datuk Ras Adiba Radzi, seorang selebriti OKU yang juga merupakan ahli dewan negara.

Jelas Ras Adiba Radzi, dia mahu wanita berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka kerana perbuatannya itu.

Malah Ras Adiba juga mahu Kak Long dikenakan tindakan dengan menbuat kerja amal sebagai pengajaran buat dirinya.

Jika seseorang itu berlakon konon jadi Oku, itu bukannya content yang sesuai.

“Saya harap semua orang akan dapat jaga sensitiviti serta sentiasa hormati golongan OKU sebab kita semua kena ingat satu hari nanti kita semua akan jadi OKU juga.”

“Hal begini bukan kali pertama terjadi, sejak kebelakangan ini ada banyak isu yang persenda komuniti OK, memang dah kerap terjadi. Akta Orang Kurang Upaya agak lemah dan ini membuatkan ramai yang terus persenda kominitu orang kurang upaya ni.”

Datuk Ras Adiba Radzi yang merupakan Presiden OKU Sentral meminta pihak menteri mengubal undang-undang.

Malah beliau juga menyeru semua persatuan orang kurang upaya untuk buat report polis agar tindakan selanjutnya dapat diambil.

Kelakuan membuat lawak serta perlekeh tentang fizikal seseorang sebenarnya merupakan satu kesalahan dan ada akta yang tersendiri.

“Saya minta, kerajaan pinda akta dan beri hukuman yang lebih keras kepada mereka yang mengaibkan komuniti orang kurang upaya ni.”

“Kita nak pastikan komuniti ini bukan sesuatu yang boleh dipermainkan dan tak sering di kotak katikkan hanya sebab kami ni kurang upaya. Kami pun ada perasaan dan maruah. Hal macam ni kena dihentikan.”

Itulah kenyataan media dari Datuk Ras Adiba Radzi tentang kes kak Long atau nama penuhnya Wan Nor Baizura.