“Lawa, tapi leher tu aurat, tutuplah” Foto Hannah Delisha nampak leher

2,306 views

Rata-rata dah tahu baahwa pelakon jelita Hannah Delisha kini dah berhijrah, sudah memakai tudung dan berhijrab.

Sejak bergelar isteri kepada Imam Shah, penampilan Hannah Delisha sering jadi tumpuan dan dapat pujian para peminatnya.

Baru-baru ini, Hannah dilihat sudah bergelar seorang usahawan dan mula berniaga. Dan ada beberapa gambar terkini yang dimuatnaik oleh Hannah Delisha.

Malah Hannah juga dilihat telah munkar gambar profile miliknya kepada foto yang baru.

Namun begitu, gambar profile Hannah Delisha yang baru ini nampaknya kurang digemari oleh sesetengah peminatnya.

Ini kerana ada sedikit kelihatan leher Hannah Delisha. Netizen menjelaskan bahawa, bahagian leher merupakan aurat seorang wanita, dan haruslah ditutupi sebaiknya.

Memang diakui, ramai yang memuji kecantikkan serta kecomelan Hannah Delisha di gambar berkenaan, namun ramai juga yang memberi nasihat buat pelakon ini.

“Comel sangat, memang dah cantik orangnya.”

 “Ya benar, memang amat lawa namun bahagian leher tu nampak, jadi lebih baik tutup lah.”

“Akak leher tu aurat tau, nanti secara slowly bolehlah tutup tau, sebab tu aurat.”

Itu antara komen yang diberi oleh para netizen kepada gambar terkini Hannah Delisha. Mungkin ramai yang mahu yang terbaik buat pelakon ini, menegur sebab sayang kan.

Pada tahun 2020, Hannah pernah bercerita bahawa dia bertudung bukan kerana mahu berkahwin, namun itu merupakan penghijrahannya sendiri.

Hannah Delisha merasa dirinya semain tenang selepas mencuba untuk menjadi muslimah yang lebih baik dan menjalankan serta mendekatkan diri dengan Illahi, pencipta sekian alam.

Untuk info Hannah Delisha mula mengenakan hijab sejak dua tahun lalu. Pelako dan penyanyi ini berkahwin dengan jejaka dari Singapura iaitu Imam Shah pada bulan Februari 2021.